fbpx

Tudung Wagara Direka Khas Untuk Dipadankan Dengan Kimono Diperkenalkan

Ahmad Suhael

Jika anda melawat ke Kyoto, Jepun antara aktiviti wajib yang anda perlu masukkan dalam itinerari anda ialah bergambar sambil mengenakan pakaian tradisional Kimono kan? Tapi bagi wanita muslim, mungkin sukar untuk dapatkan tudung yang padan dengan kimono tadi.

Kini tidak lagi. Selain menyewa kimoni, sebuah kedai dikenali sebagai Yumeyakata di Jepun kini menawarkan sewaan tudung Wagara bagi mereka yang ingin memakai kimono dengan mengenakan hijab.

Tudung Wagara Direka Khas Untuk Dipadankan Dengan Kimono Diperkenalkan 1
Kredit Foto: Next Shark

Rekaan tudung ini juga tidak akan kelihatan terlalu menonjol dan masih mengekalkan rekaan bentuk paten dan corak dari Jepun supaya sesiapa sahaja yang memakainya dapat memadankan dengan Kimono tradisional Jepun itu.

Tudung Wagara Direka Khas Untuk Dipadankan Dengan Kimono Diperkenalkan 2
Kredit Foto: Next Shark

Wanita muslim yang merancang untuk menyewa kimono kini boleh menikmati pengalaman dengan menyewa tudung dari Yumeyakata yang sesuai dengan pilihan pakaian tradisional Jepun mereka dengan harga 300 Yen (RM11) daripada harga asalnya 500 Yen (RM18).

Yumeyakata juga akan menawarkan lebih kurang 50 jenis hijab yang sesuai digayakan pada musim panas seperti hijab yang diperbuat dari kain renda (lace). Selain itu dikatakan sebanyak 20 jenis hijab yang bermotifkan corak musim bunga termasuk Sakura dan Snow Ring telah pun dihasilkan.

Tudung Wagara Direka Khas Untuk Dipadankan Dengan Kimono Diperkenalkan 3
Kredit Foto: Next Shark

Bagi yang ingin menyewa tudung wagara ini anda bolehlah mengunjungi dua buah kedai di lokasi yang berikut:

  1. 128, Manjujicho, Shimogyo-Ku, Kyoto-shi, Kyoto.
  2. 472-1 Kinpukicho, Nakagyo-Ku, Kyoto 604-0846.
Tudung Wagara Direka Khas Untuk Dipadankan Dengan Kimono Diperkenalkan 4
Kredit Foto: Next Shark
Tudung Wagara Direka Khas Untuk Dipadankan Dengan Kimono Diperkenalkan 5
Kredit Foto: Next Shark

Sumber: Next Shark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

5 Tips Keselamatan & Keselesaan Ketika Travel Bersama Anak

Bagi anda yang masih belum berkahwin mungkin mudah untuk anda membuat sesuatu keputusan bila bercuti. Tetapi untuk yang berkeluarga, banyak faktor yang perlu anda titikberatkan untuk memastikan percutian anda dan keluarga anda berjalan lancar. Lebih-lebih lagi apabila anda miliki anak kecil, sudah tentu anda perlu bersedia dari segi mental dan […]
Tudung Wagara Direka Khas Untuk Dipadankan Dengan Kimono Diperkenalkan 7