Burj Khalifa Mempunyai 3 Waktu Berbuka Puasa

Burj Khalifa Mempunyai 3 Waktu Berbuka Puasa 1

Umum ketahui setiap negara mempunyai waktu berbuka puasa yang berbeza beza disebabkan oleh longitud dan latitud sesebuah negara terbabit. Ini kerana setiap spesifik longitud dan latitud tadi akan mengalami pasang dan surutnya matahari pada waktu berbeza.

Perkara ini normal bagi anda. Tapi pernahkah anda mendengar satu tempat yang longitud dan latitud yang sama tetapi mempunyai waktu berbuka puasa yang berbeza? Ya.. perkara ini hanya terjadi pada bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa.

Apa Sebabnya Berbeza Waktu Berbuka Puasa?

Waktu berbuka adalah apabila masuknya maghrib, iaitu keadaan bila matahari terbenam, dan hilangnya semua bulatan matahari ditelan bumi.

Jadi disebabkan pandangan waktu matahari terbenam sepenuhnya pada setiap tingkat berbeza, maka Mufti Besar Dubai telah mengeluarkan fatwa mengarahkan mereka yang berada dalam bangunan tersebut untuk mengubah waktu berbuka puasa bergantung pada tingkat mana yang mereka berada.

Mereka yang berada ditingkat atas perlu berbuka lebih lambat berbanding mereka yang berada ditingkat bawah, kerana secara logik orang yang berada di tingkat bawah melihat matahari terbenam lebih awal.

Related image
Kredit Foto: Coindesk

Menurut Dr Ahmed Al Haddad, Mufti Besar Dubai, perbezaan waktu di bahagikan kepada 3 iaitu tingkat 80 ke bawah, tingkat 80 ke atas sehingga tingkat 150 dan tingkat 150 ke atas.

Untuk tingkat 80 ke bawah, waktu solat adalah seperti biasa mengikut kawasan yang telah ditetapkan. jadi waktu berbuka dan sahur adalah seperti biasa.

Untuk tingkat 80 keatas sehingga tingkat 150, dilambatkan 2 minit untuk waktu maghrib dan isyak. Tetapi subuh dipercepatkan 2 minit.

Untuk tingkat 150 ke atas pula, waktu maghrib dan isyak dilambatkan 3minit dari tingkat paling bawah. dan Subuhnya pula di awalkan 3 minit dari tingkat bawah.

Berbeza pula dengan waktu sahur, mereka yang berada diatas akan berpuasa lebih awal berbanding mereka dibawah. Ini kerana ‘Fajar Sodiq’ atau waktu subuh di ufuk Timur akan kelihatan lebih awal untuk mereka yang berada di atas sekali.

Sumber: Root of Science

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *