Mossy Forest Antara Penyumbang Pendapatan Terbesar Sektor Pelancongan Pahang

Mossy Forest Antara Penyumbang Pendapatan Terbesar Sektor Pelancongan Pahang 1

Hasil kutipan dari caj yang di kenakan sejak Mac 2019 yang lalu menyakinkan lagi JABATAN Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) untuk membangunkan dan memelihara Taman Eko-Rimba Mossy Forest yang terletak di kaki Gunung Irau, Cameron Highlands sebagai produk utama pelancongan negeri itu.

Caj sebanyak RM15 hingga RM30 seorang untuk pelancong asing sementara caj RM5 hingga RM10 untuk pelancong tempatan menghasilkan kutipan sebanyak lebih RM70,000 sebulan.

Keunikan Taman Eko-Rimba Mossy Forest yang berlumut dan cuaca sejuk seakan di dalam filem “The Lord of The Ring” menjadikan ianya bakal menjadi penyumbang kepada pendapatan negeri Pahang.

Dijangkan pendapatan dari kutipan caj terbabit akan meningkat sebaik tibanya musim pelancong asing ke Cameron Highlands.

“Dalam tempoh dua bulan (Februari dan Mac) tahun ini, Taman Eko-Rimba Mossy Forest dan Sungai Pauh Cameron Highlands mencatat kutipan hasil tertinggi iaitu RM112,867 dan jumlahnya dijangka terus bertambah secara berperingkat,”

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin

Sumber: MyMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *