Taman Tema Air Terbaru Di Melaka Bakal Diperkenalkan
Berita baik untuk hantu air di Malaysia! Taman Tema Air Hasbro bakal dibuka tidak lama lagi untuk anda penggemar pemainan taman tema air. Dan ianya merupakan yang pertaman di dunia!
Bagi yang belum ketahui, Hasbro merupakan jenama permainan antarabangsa yang terkenal dengan permainan seperti Nerf, My Little Pony, Mr Potato Head, Play-Doh, Battleship, Monopoly, Elefun & Friend dan Mousetrap.
MALAYSIA TOURISM CITY PROJECT IN KUALA LINGGI
— MOTAC (@MyMOTAC) May 7, 2019
Melaka welcomes the initiative by the Meridian Group for development project, The World’s First Hasbro Water Theme Park.
YB Datuk Mohamaddin Ketapi, Minister of MOTAC witnessed the signing of MOU for Malaysia Tourism City. pic.twitter.com/jsuZvdvCbG
Perjanjian yang telah pun ditandatangi antara pihak Mederian Bhd. dengan Hasbro Live! (Hasbro) untuk perlesenan bagi Taman tema air berkenaan. Dikatakan taman tema air yang bakal dibina ini bersaiz 20 ekar ini bakal memperkenalkan permainan-permainan terbaru dan unik berbanding kebiasaan taman tema air lain.
Taman tema air yang bakal siap menjelang tahun 2020 ini pastikan akan meningkatkan lagi kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke Melaka seterusnya melonjakkan industri pelancongan Melaka dan Malaysia umumnya.
Sumber: The Edge Market