Ruang Solat Di Rooftop KLIA Dibuka Mulai 10 Mei 2019

Ruang Solat Di Rooftop KLIA Dibuka Mulai 10 Mei 2019 1

Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang mulia ini ada berita baik untuk semua muslim terutamanya pada kakitangan dan orang awam di KLIA. Ruang solat baru di KLIA bakal dibuka secara rasmi mulai
10 Mei 2019.

Ruang solat terbaru itu terletak di ‘rooftop’ Blok B, KLIA. Dijangkakan pembukaan ruang solat baru ini dapat memudahkan urusan umat Islam khususnya staf dan kakitangan KLIA untuk menunaikan solat jumaat di bangunan terminal terbabit.

Pembukaan rasmi ini telah dipaparkan di Facebook rasmi Malaysia Airports di sini. Sebelum ini, pihak Malaysia Airports menafikan pembukaan ruang solat terbabit pada 5 April.

Ruang Solat Di Rooftop KLIA Dibuka Mulai 10 Mei 2019 2
Kredit Foto. Facebook Malaysia Airports

Sejak Disember lalu juga, Malaysia Airports telah menyediakan 4 buah bas percuma iaitu dua di KLIA dan dua lagi di KLIA2 bagi kegunaan pengguna di terminal yang ingin menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.

Perkhidmatan bas ini bermula jam 12.30 tengahari sehingga 1 tengahari dan akan memulakan perjalanan sebaik penuh bergantung kepada waktu solat semasa.

Jadi kepada anda yang beragama Islam tiada lagi alasan untuk tinggalkan solat kerana telahpun tersedia tempat selesas untuk anda beribadat.

Sumber: Rileklah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *