Tidak Perlu Lagi Visa Untuk Ke Amerika? Ini Yang Sebetulnya

Baru-baru ini viral di media sosial whatsapps dan laman media sosial lain berkenaan negara Malayisa dikecualikan penggunaan visa untuk ke Amerika Syarikat.

Menurut Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasminya menyatakan tiada sebarang perubahan dalam status program itu bagi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia harus mendapatkan visa seperti biasa jika ingin berkunjung ke Amerika Syarikat.

Sebelum ini sebuah portal berita news-ap.com dalam artikel bertajuk: ‘Amerika Masukkan Jamaica, 9 Lagi Negara ke dalam Program Pengecualian Visa’ tersilap apabila menyenaraikan Malayisa di bawah Program Pengecualian Visa atau Visa Waiver Programme (VWP).

Sumber: Bernama