Kalau bab puasa siapa je dapat bertahan puasa lama kan? kalau boleh tengah hari perut dan tekak dah minta nak disuapkan minuman dan makanan. Itu kita di Malaysia yang hanya berpuasa selama lebih kurang 13 jam, tapi masih yang berdalih untuk meninggalkan amalan puasa ini.
Kalau anda nak tahu, sebenarnya ada banyak lagi negara yang tempoh puasa mereka lebih lama. berikut kami senaraikan antara negara-negara yang mempunyai tempoh puasa paling lama mengikut kajian yang dilakukan oleh portal beli belah dalam talian, CupoNation.
1 – Greenland
Hari pertama berpuasa di negara Greenland adalah selama 19 jam 35 minit dan hari terakhir adalah selama 21 jam 42 minit. Jika anda bercuti ke sana di bulan Ramadhan, anda hanya ada tempoh 2 jam 18 minit untuk berbuka dan kembali berpuasa semula.
2 – Iceland
Selain Greenland, negara yang mempunyai tempoh berpuasa paling lama adalah Iceland. Hari pertama tempoh puasa iaitu selama 19 jam 33 minit dan selama 21 jam 39 minit pada hari terakhir.
3 – Finland
Disusuli dengan Finland yang mempunyai tempoh berpuasa selama 18 jam 54 minit pada hari pertama dan 20 jam 21 minit pada hari terakhir Ramadan.
Tempoh berpuasa paling pendek di dunia pula adalah di New Zealand iaitu selama 11 jam 10 minit.
Sumber: Sinar Harian