fbpx

Peraturan Baru Barangan Ingin Di Bawa Ke Australia

Ahmad Suhael

Jika sebelum ini kita dengar ramai rakyat Malaysia yang telah dihantar pulang apabila tidak melepasi kaunter imegresen Australia walaupun telah mengemukakan pelbagai dokumen sokongan.

Ini disebabkan oleh berlakunya kes rakyat Malaysia yang bekerja secara haram di sana. Jadi tindakan tegas dikenakan kepada rakyat Malaysia yang meragukan semasa di kaunter imegresen Australia.

Pada 17 April 2019 yang lalu, Australia mengetatkan lagi peraturan bagi pelawat dan pelancong ke bercadang untuk ke Australia. Mereka yang gagal untuk declare sesetengah barangan atau barang larangan berkemungkinan besar akan menyebabkan tempoh visa akan dipendekkan atau dibatalkan terus.

Kegagalan mengisytiharkan barangan yang di bawa juga boleh mengakibatkan anda akan dikenakan tindakan undang-undang seperti denda RM1.2 juta dan 10 tahun penjara.

Jom lihat apakah senarai barangan tersebut.

1 – Makanan

Produk tenusu seperti cheese dan mentega, buah-buahan, sayur-sayuran, herba teh, ginseng dan rempah perlu diistyiharkan. Ini termasuklah jeruk, jem dan kurma. Larangan ini termasuklah makanan yang disediakan di dalam kapal terbang. Semua jenis ikan, daging dan makanan laut
dalam tin atau tidak perlu diisytiharkan.

2 – Tumbuh Tumbuhan

Biji benih dibenarkan dengan syarat bebas serangga dan tiada tanda-tanda penyakit dan tidak tercemar dan perluah diisytiharkan. Tumbuhan hidup, lumpur serta tanah liat adalah dilarang kecuali disekalikan dengan dokumen import yang sah dari Department of Agriculture and Water Resources.

3 – Ubat & Ubatan

Ubat-ubatan peribadi boleh di bawa tetapi perlukan surat doktor dan perlu diisytihar. Vitamin, tembakau, cerut dan alcohol juga perlu diisytiharkan manakala steriod atau dadah lain adalah dilarang sama sekali.

4. Peralatan dan Barangan Palsu

Peralatan sukan seperti kasut hiking, joran perlu diistyiharkan. Bagaimanapun peranti elektrik , keris, penyembur lada hitam dan barangan palsu adalah dilarang sama sekali.

5. Barangan Bermusim dan Perayaan

Kesemua barangan bermusim dan perayaan adalah perlu diisytiharkan.

Borang Isytihar

Setibanya anda di ketibaan, pastikan aku mengisi borang isytihar dengan jujur kerana pegawai imigresen di sana akan memeriksa bagasi anda. Setiap barang yang tidak diisytihar tetapi ditemui mungkin akan dirampas. Paling teruk anda akan didenda dan dipenjara.

Peraturan Baru Barangan Ingin Di Bawa Ke Australia 1
Kredit Foto: Rileklah

Semakin hari semakin ketat untuk masuk ke Australia. Jadi anda yang ingin ke Australia pastikan anda membuat persediaan yang sangat rapi supaya tidak menghadapi masalah apabila tiba di sana.

Sumber: Cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Setanding TBS, Lihat Terminal Bas Shah Alam Yang Terbaru

Setanding Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur. Ya inilah terminal bas terbaru di Shah Alam yang mula beroperasi pada awal Mei lalu. Ia bakal dirasmikan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam masa terdekat. Jika sebelum ini penduduk Shah Alam terpaksa menggunakan Stesen Bas Seksyen 13 sementara untuk menggunakan perkhidmatan […]
Peraturan Baru Barangan Ingin Di Bawa Ke Australia 3