Qatar Airways Pilihan No.1 Airhelp

Qatar Airways Pilihan No.1 Airhelp 1

Kajian yang dijalankan oleh Airhelp melaporkan, Qatar Airways menduduki tangga teratas sebagai syarikat penerbangan nombor satu untuk tahun kedua. Manakala American Airlines di kedudukan kedua.

Kajian yang dilakukan turut melibatkan lapangan terbang. Untuk tahun kedua ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha mendahului diikuti dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo.

Airhelp merupakan syarikat yang membantu penumpang menuntut pampasan untuk penerbangan tertangguh dan dibatalkan.

Pemilihan kedudukan terbabit adalah berdasarkan prestasi semasa dan kualiti perkhidmatan serta pilihan makanan dan minuman selain kemudahan menuntut bayaran balik. AirHelp meletakkan kedudukan 72 syarikat penerbangan dan 132 lapangan terbang daripada 40,000 ulasan.

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *