Tips Elak Menjadi Sasaran Dirompak Ketika Travel

Tips Elak Menjadi Sasaran Dirompak Ketika Travel 1

Pasti seronok bila dapat travel ke luar negara bukan? selepas penat bekerja, inilah peluang untuk anda lupakan tentang kerja dan berseronok bersama teman-teman ataupun keluarga. Bagi anda yang selalu travel pasti akan ada checklist travel anda untuk melengkapkan percutian anda dengan selamat dan sempurna.

Walaupun segala checklist sudah dipenuhi, tapi terkadang kita terlepas juga beberapa perkara yang sangat penting untuk keselamatan diri dan keluarga ketika bercuti.

Melalui laman Twitter. Akaun bernama @projekhitam ini berkongsi kaedah travel ke luar negara yang diberikan sendiri oleh seorang pegawai kerajaan yang sering travel ke luar negara.

Setiap tips ini diajar sendiri oleh pegawai dan anggota dari cabang Cawangan Khas, Kor Risik, Pegawai Duta luar negara, dan Pegawai Tadbir Diplomatik berdasarkan pengalaman dalam bidang masing-masing dan bukanlah sesuatu yang sensitif untuk dikongsikan kepada orang ramai.

1 – Pemilihan Pakaian

Elakkan memakai yang terlalu menonjol. Sebagai contoh pakai topi besar, cermin mata hitam macam side mirror, kamera tergantung pada leher. Ini menunjukkan anda memang seorang pelanconng di tempat mereka.

Pemilihan warna pakaian seperti biru gelap, kelabu gelap bukan warna kuning, oren, pink adalah warna pakaian yang rata-rata orang biasa pakai walaupun di tempat asing. Pemilihan warna sebegini lebih menampakkan anda seperti orang tempatan sana dan mengurangkan risiko anda menjadi sasaran orang jahat.

2 – Ketahui Tempat Rujukan Bila Ada Kecemasan

Wajibkan diri untuk beli peta di kawasan tempat anda lawati. Bila anda di tempat yang asing bagi anda, anda wajib tahu lokasi balai polis, kedutaan negara anda dan hospital di tempat anda lawati.

Dapatkan juga nombor telefon keselamatan untuk ke tiga-tiga badan tadi. Ini penting untuk pastikan ada hal kecemasan yang berlaku kepada anda sewaktu bercuti. Catakan nombor-nombor telefon yang penting tadi di belakang peta supaya lebih senang untuk rujuk.

3 – Sembunyikan Kewarganegaraan

Jika sebelum ini tular beberapa kes rompakan berlaku ke atas rakyat Malaysia dengan cara rompakan yang sama. Jika anda perasan, penjenayah ini akan mensasarkan mangsa mengikut kewarganegaraan anda. Disebabkan mereka sudah tahu tahap kekuatan dan kelemahan mangsa mereka akan ambil kesempatan.

Sebagai contoh, rakyat Malaysia terkenal dengan peramahnya. Jadi pemangsa akan ambil kesempatan untuk berbual sebelum menggunakan taktik mereka ke atas mangsa.

Jadi, selagi boleh sembunyikan kewarganegaraan anda. Gunakan passport cover. Jangan tampal pelekat yang memaklumkan anda dari mana. Termasuk juga pada pakaian anda. Hanya tunjukkan bila berdepan dengan pegawai yang layak sahaja.

4 – Sembunyikan Perjalanan

Sentiasa berwaspada bila berbuat dengan warga asing. Walaupun nampak mereka mesra tetapi kadang kala itulah tujuan mereka untuk membuatkan anda masuk perangkap. Gunakan nama samaran sebagai contoh Along, Angah, Burn, Bob.

Elakkan dari bercerita tentang perjalanan anda untuk mengelakkan perincian travel anda dijadikan bahan untuk memerangkap anda. Jangan pula menipu kelak nanti makan diri dan timbul syak wasangka yang tidak perlu.

5 – Sentiasa Ada 2 Dompet

Tips paling menarik dari Aurora ialah apa yang dia belajar dari seorang veteran polis. Pegawai ini mengajarnya untuk sentiasa ada 2 dompet. Satu dompet di isi dengan duit yang nilainya rendah satu lagi duit anda yang selebihnya. Jadi dengan ini wang anda yang selebihnya akan lebih selamat.

Apabila berlaku kes rompakan kepada anda, anda boleh gadaikan dompat anda yang isi nilainya rendah untuk diberikan kepada perompak. Ini dipanggil dummy wallet. Tapi jangan letakkan terlalu rendah kemungkinan menimbulkan tidak puas hati kepada perompak tadi dan berlaku kejadian lebih buruk.

Sumber: SAYS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *