fbpx

Air Busan Kini Ada Penerbangan Terus Ke Kota Kinabalu

Ahmad Suhael

Bermula pada Mei tahun ini, Syarikat penerbangan tambang rendah Korea Selatan, Air Busan akan memulakan penerbangan terus ke Kota Kinabalu .

Sebanyak 4 kali seminggu penerbangan akan dilakukan dari Daegu dan Busan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) iaitu pada setiap hari Isnin, Khamis, Jumaat dan Ahad menjadikan keseluruhan sebanyak 48 penerbangan seminggu.

Direkodkan sebanyak 82,074 pelancong dari Korea Selatan pernah ke Sabah menjadikan pelancong dari negara terbabit ialah pasaran kedua terbesar bagi kedatangan pelancong antarabangsa ke negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew, mengharapkan dengan adanya penerbangan terbaru ini dapat meningkatkan lagi kehadiran pelancong ke pantai timur negeri ini.

Sumber: BH Online


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sekatan Semula Untuk Keluar Negara Bagi Peminjam PTPTN?

Nampaknya Kerajaan PH mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman. Sebelum ini sekatan ini telah pun dilakukan oleh kerajan BN tetapi telah dihentikan. Selain sekatan ke luar negara, cadangan lain ialah menyekat daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan, lesen perniagaan, menyiarkan […]
Air Busan Kini Ada Penerbangan Terus Ke Kota Kinabalu 2