Air Busan Kini Ada Penerbangan Terus Ke Kota Kinabalu

Bermula pada Mei tahun ini, Syarikat penerbangan tambang rendah Korea Selatan, Air Busan akan memulakan penerbangan terus ke Kota Kinabalu .

Sebanyak 4 kali seminggu penerbangan akan dilakukan dari Daegu dan Busan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) iaitu pada setiap hari Isnin, Khamis, Jumaat dan Ahad menjadikan keseluruhan sebanyak 48 penerbangan seminggu.

Direkodkan sebanyak 82,074 pelancong dari Korea Selatan pernah ke Sabah menjadikan pelancong dari negara terbabit ialah pasaran kedua terbesar bagi kedatangan pelancong antarabangsa ke negeri itu.

Related Post

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew, mengharapkan dengan adanya penerbangan terbaru ini dapat meningkatkan lagi kehadiran pelancong ke pantai timur negeri ini.

Sumber: BH Online


This website uses cookies.