Asia Pemegang Passport Paling Power 2019
Mengikut kemas kini terbaru oleh Indeks Pasport Henley, kedudukan passport paling berkuasa kini dikuasai oleh Jepun dengan akses tanpa visa atau visa ketibaan ke 190 destinasi seluruh dunia, paling banyak berbanding negara-negara lain di dunia.
Singapura dan Korea Selatan menduduki tangga kedua untuk akses sebanyak 189 negara manakala Perancis dan Jerman berada di tempat ketiga. Senarai itu diikuti oleh Denmark, Finland, Itali dan Sweden dengan akses ke 187 negara.
Malaysia berada di tangga ke-12 dengan akses ke 179 buah negara.
Secara keseluruhan, negara Asia menguasai senarai teratas daripada senarai penuh yang dikeluarkan oleh Indeks Pasport Henley. Kedudukan pasport negara dunia direkodkan berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi rakyat masing-masing tanpa visa.
Sumber: Utusan