Setanding TBS, Lihat Terminal Bas Shah Alam Yang Terbaru

Setanding TBS, Lihat Terminal Bas Shah Alam Yang Terbaru 1

Setanding Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur. Ya inilah terminal bas terbaru di Shah Alam yang mula beroperasi pada awal Mei lalu. Ia bakal dirasmikan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam masa terdekat.

Jika sebelum ini penduduk Shah Alam terpaksa menggunakan Stesen Bas Seksyen 13 sementara untuk menggunakan perkhidmatan bas espress. Setelah sekian lama menunggu, kini penduduk Shah Alam mempunyai terminal bas sendiri iaitu Terminal 17 yang terletak di Jalan Jenulung, Seksyen 17.

Terminal yang menelan kos sebanyak RM8.5 juta itu serba moden dan dilengkapi dengan Sistem Tiket Berpusat dengan 10 buah kaunter dibuka bagi memudahkan orang ramai membeli tiket. Selain itu, terminal ini juga boleh memuatkan lapan buah bas di terminal berlepas dan enam buah untuk ketibaan pada satu-satu masa,

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),
Encik Shahrin menyatakan terminal terturut disediakan ruang menunggu yang boleh menempatkan 300 orang penumpang pada satu-satu masa dengan kemudahan seperti kedai serbaneka, surau serta Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sumber: KOSMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *