Aplikasi Terbaik Untuk Penukaran Duit Bila Travel

Kebiasaan orang nak bercuti ke luar negara bila bab tukar duit asing mesti pilih untuk menukar duit di kaunter penukaran duit asing. Sebenarnya, dengan adanya teknologi aplikasi telefon pintar kini, anda boleh menukar duit hanya dengan online.

Menerusi Facebook, seorang pemilik akaun bernama Farehan Fauzi ini berkongsi aplikasi atau website yang anda boleh gunakan untuk penukaran duit untuk bercuti ke luar negara.

Website atau aplikasi yang disarankan adalah www.eforex.com.my atau aplikasi eforex.

Mengikut pengalaman yang dikongsikan oleh beliau, dengan menggunakan apps ini anda hanya perlu memasukkan jumlah duit negara anda dan apps tersebut akan menyarankan jumlah yang sesuai untuk anda mendapat duit penukaran yang genap. Sebagai contoh, jika anda memasukkan nilai RM1000, apps akan menyarankan anda meletakkan nilai RM1024.80 untuk mendapakan nilai genap 4000 Bhat. Bagus bukan?

Berikut kelebihan lain yang terdapat pada aplikasi eforex yang dikongsikan oleh Farehan Fauzi:

1 – Boleh check kadar pertukaran yang paling tinggi pada bila-bila masa.

Seperti yang dikongsi oleh Farehan Fauzi, beliau dapat 7800 Bhat untuk RM1000 , manakala kawan beliau dapat 7753 Bhat untuk RM1000 pada hari yang sama waktu berbeza. Pada malam hari pula, 7806 Bhat untuk RM1000. Kadar Kaunter Merchantrade dengan kadar online eForex berbeza. Anda boleh semak di sini.

2 – Boleh berurusan hanya secara online

Aplikasi eforex membolehkan anda membuatkan tempahan dan bayar online, pilih Merchantrade pick up point atau minta penghantaran ke rumah. Sementara ini lokasi pick up point hanya di
KL, Selangor dan Seremban, Senawang. Jika anda pilih untuk penghantaran, anda akan di cas kecuali anda membuat penukaran duit dari RM20,000 dan ke atas. Jadi sangat selamat untuk mengelakkan anda dari dirompak ketika di perjalanan.

3 – Boleh semak dulu jumlah yang ingin ditukar cukup atau tidak

Pernah terjadi kepada anda bila anda pergi ke money exchange, kemudian bila tiba di kaunter, pekerja di kaunter mengatakan jumlah yang ingin ditukar tidak mencukupi? Jumlah pertukaran yang ditawarkan pula sikit sahaja dan anda terpaksa ke kaunter lain untuk tukar selebih duit anda. sangat menyusahkan bukan? Jadi dengan aplikasi eforex ini anda akan di beritahu bila duit anda ready untuk diambil. Mungkin akan mengambil masa beberapa hari atau jam untuk mencukupkan jumlah yang diminta.

Aplikasi Terbaik Untuk Penukaran Duit Bila Travel 2
Kredit Foto: Facebook Farehan Fauzi

4 – Adanya Rate Alert

Dengan aplikasi eforex anda boleh hidupkan rate alert. Jadi sangat mudah untuk anda sentiasa up to date dengan kadar petukaran yang tertinggi berdasarkan pilihan matawang. Untuk keselamatan, aplikasi ini juga memerlukan pin keselamatan jika anda ingin membukanya.

5 – Diskuan RM10 untuk first time user

Untuk pendaftar baru, ada diskaun RM10 diberikan. Tetapi untuk pengguna baru, anda perlu mengambil sendiri dahulu duit pertukaran sebelum anda boleh menggunakan khidmat penghantaran atau khidmat wakil. Untuk pengetahuan anda, khidmat eforex sepenuhnya hanya boleh digunakan jika pertukaran duit minimum RM500. Jika kurang daripada itu anda
boleh terus ke kaunter Merchantrade branches. Ingat..kadar Merchantrade dengan eForex adalah berbeza ye.

Aplikasi Terbaik Untuk Penukaran Duit Bila Travel 3
Kredit Foto: Facebook Farehan Fauzi

Sumber: Facebook Farehan Fauzi