Fenomena Awan Pelik Jadi Payung Gunung Berapi. Luar Biasa!

Fenomena Awan Pelik Jadi Payung Gunung Berapi. Luar Biasa! 1

Jika anda ke Filipina, antara lokasi pilihan semestinya Gunung Berapi Mayon kerana kunikan dan kecantikannya.

Saban tahun, ribuan pelancong asing dan dalam negara melawat Gunung Berapi terbabit untuk menyaksikan keindahannya.

Baru-baru ini seorang nelayan menyaksikan satu fenomena awan pelik di mana Gunung Berapi Mayon dilindungi awan putih seakan memayungi puncak gunung berkenaan. Gambar itu kemudian dikatakan telah tular di media tempatan Filipina.

Noli Luna berkongsi awan yang kelihatan seakan ‘payung’ di atas Mayon pada kira-kira 5.30 pagi pada 23 April di Facebook beliau. Gambar yang dikongsi terbabit lebih 30,000 kali setakat ini.

“Daragang Magayon, memakai payung putih …”

Noli berkata dalam hantarannya di Facebook.

Fenomena Sebenar Mengikut Saintifik

Fenomena aneh ini dikenali sebagai ‘awan lenticular’ menurut laporan GMA News Online.

Berikut beberapa fenomena yang sama di tempat lain yang dikongsi pengguna twitter.

Sumber: Good Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *