Tahukah Anda Ada 4 Warna Passport Utama Di Dunia. Ini Maksud Setiap Warna
Tahukah Anda Ada 4 Warna Passport Utama Di Dunia. Ini Maksud Setiap Warna 1

Tahukah Anda Ada 4 Warna Passport Utama Di Dunia. Ini Maksud Setiap Warna

Passport merupakan dokumen yang penting jika bercuti ke luar negara. Ianya berfungsi sebagai kad pengenalan dan pass perjalanan yang sah anda ke sesebuah negara.

Jika anda seorang yang selalu bercuti ke luar negara pasti anda berasa hairan dan tertanya tanya mengapa passport Malaysia berwarna merah. Dan mungkin anda juga perasaan ada juga paspot berwarna selain merah kan?

Selain warna merah, kod warna lain yang dibenarkan diseluruh dunia ialah warna biru, hijau dan hitam. Kesemua warna ini mempunyai maksud yang berlainan. Jom baca maksud setiap warna passport.

1 – Merah

Negara yang ada kaitan dengan sistem Komunis kebanyakan akan menggunakan passport berwarna merah. Selain itu, negara di bawah kesatuan Eropah kecuali Croatia dan juga di bawah Andean Community of Nations juga menggunakan warna merah. Negara lain yang menggunakan warna merah ialah Serbia, Slovenia, China, Rusia dan Poland. Malaysia antara negara yang menggunakan passport merah.

Tahukah Anda Ada 4 Warna Passport Utama Di Dunia. Ini Maksud Setiap Warna 2
Kredit Foto: Siakap Keli

2 – Biru

Warna biru juga sangat popular kepada negara-negara “new world”. Amerika Syarikat dan 15 negara Caribbean antara negara yang menggunakan passport berwarna biru. Selain itu, negara-negara blok Amerika Selatan seperti Brazil dan Argentina juga menggunakan warna biru menunjukkan ada hubungan perdagangan.

US Regular Passport
Kredit Foto: 24hr Passport And Visa

3 – Hijau

Kebanyakan negara Islam menggunakan passport berwarna hijau disebabkan oleh ianya warna kegemaran Nabi Muhammad SAW. Ianya juga merupakan simbol kehidupan. Antara negara yang menggunakan warna ini adalah, Arab Saudi dan Pakistan.

Nigeria, Burkina Faso, Ivory Coast dan Senegal juga menggunakan warna hijau tetapi negara-negara ini menggunakan warna hijau disebabkan oleh tergolong dalam keanggotaan ECOWAS (Economic Community of West African).

Tahukah Anda Ada 4 Warna Passport Utama Di Dunia. Ini Maksud Setiap Warna 3
Kredit Foto: Elitereaders

4 – Hitam

Passport berwarna hitam adalah paling jarang di temui dan hanya dijumpai di negara Afrika iaitu, Angola, Chad, Botswana, Zambia dan Malawi. Walaubagaimanapun, New Zealand menggunakan warna hitam disebabkan oleh ianya warna rasmi negara itu.

Tahukah Anda Ada 4 Warna Passport Utama Di Dunia. Ini Maksud Setiap Warna 4
Kredit Foto: Elitereaders

Sumber: Elitereaders

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *