10 Puncak Tertinggi Di Dunia

10 Puncak Tertinggi Di Dunia 1

Korang pendaki tegar? mesti antara gunung-gunung di dalam artikel kali ini pasti pernah anda takluk. Walaubagaimanapun sebagai rakyat Malaysia, kita pasti berbangga kita mempunyai gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.

Artikel kali ini kami nak kongsikan kepada anda 10 gunung tertinggi di dunia. Jom teruskan membaca.

10. Annapurna I

puncak gunung annapurna i
Kredit Foto: Iluminasi

Mungkin anda biasa dengar Annapurna Base Camp (ABC) kan? ni cerita tentang puncak Annapurna. Annapurna merupakan salah satu puncak daripada banjaran Himalaya daripada lebih kurang 30 gunung ganang yang melebihi ketinggian 6,000 meter. Pendakian Annapurna adalah paling bahaya dengan kadar (ratio) kematian ke puncak sebanyak 32 peratus. Pertama kali Puncak Annapurna ditakluk adalah pada tahun 1950 oleh sebuah ekspedisi Perancis yang dipimpin oleh Maurcie Herzog dan Louis Lachenal.

Ketinggian: 8,091 meter.

Lokasi: Nepal. 

9. Nanga Parbat

puncak gunung nanga parbat
Kredit Foto: Iluminasi

Gunung Nanga Parbat juga antara gunung di dalam banjaran Himalaya. Ianya berada paling ke barat Himalaya dan teretak di daerah Gilgit-Baltistan, Pakistan. Diberi gelaran ‘Killer Mountain‘ disebabkan oleh jalur pendakian yang bahaya. Pada tahun 1953, Hermann Buhl merupakan manusia pertama yang sampai ke puncak Nanga Parbat.

Ketinggian: 8,126 meter.

Lokasi: Pakistan. 

8. Manaslu

puncak gunung manaslu
Kredit Foto: Iluminasi

Gunung Manaslu pula terletak di barat tengah negara Nepal di daerah Gorkha. Gunung Manaslu merupakan gunung tertinggi di daerah terbabit. Pada tahun 1956, 2 orang pendaki iaitu Toshio Imanishi (Jepun) dan Sherpa Gyalzen Norbu (Nepal) merupakan manusia yang paling awal menjejakkan kaki di puncak Gunung Manaslu.

Ketinggian: 8,156 meter.

Lokasi: Nepal. 

7. Dhaulagiri 

puncak gunung dhaulagiri 240
Kredit Foto: Iluminasi

Gunung Dhaulagiri yang terletak di Nepal ini pernah direkodkan sebagai gunung paling tinggi di dunia pada tahun 1808 sehingga tahun 1838 apabila Gunung Kangchenjunga mengambil alih kedudukan berkenaan. Pada tahun 1960, Gunung Dhaulagiri pertama kali ditakluki oleh sekumpulan pendaki yang terdiri daripada warganegara Switzerland, Austria dan Nepal.

Ketinggian: 8,167 meter.

Lokasi: Nepal.

6. Cho Oyu

puncak gunung cho oyu 608
Kredit Foto: Iluminasi

Gunung Cho Oyu yang terletak di sempadan Nepal dan China ini merupakan antara gunung tertinggi di Himalaya yang paling mudah untuk didaki kerana ianya tidak terlalu curam. ‘Cho Oyu’ membawa maksud Dewi Turquoise. Pada tahun 1954, 2 orang warganegara Austria iaitu Joseph J√∂chler dan Herbert Tichy, bersama seorang warganegara Nepal iaitu Pasang Dawa Lama telah berjaya membuat pendakian pertama ke puncak Gunung Cho Oyu.

Ketinggian: 8,201 meter.

Lokasi: Nepal dan Tibet. 

5. Makalu

puncak gunung makalu
Kredit Foto: Iluminasi

Terkenal kerana puncaknya yang berbentuk piramid, Gunung Makalu pertama kali berjaya ditawan oleh Lionel terray dan Jean Couzy yang merupakan sebahagian daripada sebuah kumpulan ekspedisi Perancis pada tahun 1955. Gunung Makalu terletak 19 kilometer di tenggara Gunung Everest, di sempadan antara Nepal dan China.

Ketinggian: 8,481 meter.

Lokasi: Nepal dan Tibet.

4. Lhotse

puncak gunung lhotse
Kredit Foto: Iluminasi

Berjiran dengan Gunung Everest, dan juga merupakan sebahagian daripada massif gunung berkenaan, Gunung Lhotse berjaya ditakluk pertama kali oleh 2 orang warganegara Switzerland iaitu Ernst Reiss dan Fritz Luchsinger pada tahun 1956. Gunung Lhotse terletak di sempadan antara daerah Khumbu di Nepal dan Tibet.

Ketinggian: 8,516 meter.

Lokasi: Nepal dan Tibet .

3. Kanchenjunga

puncak gunung kanchenjunga
Kredit Foto: Iluminasi

Gunung Kanchenjunga yang terletak di sempadan antara Nepal dan India ini pernah direkodkan sebagai gunung tertinggi di dunia sehingga tahun 1952. Gunung ini berkedudukan 125 kilometer dari Gunung Everest dan merupakan gunung kedua tertinggi di Himalaya masa kini. Pada tahun 1955, pendaki Joe Brown dan George Brand, yang merupakan sebahagian daripada ekspedisi British berjaya sampai ke puncak Kanchenjunga.

Ketinggian: 8,586  meter.

Lokasi: Nepal dan India.

2. K2 (Gunung Godwin-Austen)

puncak k2 gunung godwin austen
Kredit Foto: Iluminasi

Gunung K2, atau turut dikenali sebagai Gunung Godwin-Austen, atau Chhogori, terletak di sempadan negara China dan Pakistan ini digelar sebagai ‘Savage Mountain‘ kerana setiap tahun ada sahaja sekurang-kurangnya satu kematian ketika pendakian. Untuk rekod, Gunung k2 mencatatkan kadar kematian kedua tertinggi bagi gunung berketinggian 8,000 meter. Bagi yang ingin mendaki gunung ini, jalur pendakian di Pakistan lebih selamat berbanding China. Siapa pernah menonton filem Vertical Limit yang diterbitkan pada tahun 2000? Pergambaran filem terbabit dilakukan di kawasan Gunung K2.

Ketinggian: 8,611 meter.

Lokasi: Pakistan dan China. 

1. Gunung Everest

puncak gunung everest
Kredit Foto: Iluminasi

Sehingga kini dan pasti selamanya Gunung Everest adalah gunung paling tinggi di dunia tidak boleh disangkal lagi. Gunung Everest terletak di sempadan Nepal dan Tibet merupakan salah satu daripada ‘The Seven Summits‘ yakni gunung tertinggi di 7 benua dunia. Pada tahun 1953, 2 orang pendaki, iaitu Sir Edmund Hillary (New Zealand) dan Tenzing Norgay (Nepal) berjaya ke puncak Gunung Everest. Dianggarkan terdapat lebih daripada 200 mayat yang masih dalam keadaan baik di kawasan Gunung Everest.

Ketinggian: 8,848 meter.

Lokasi: Nepal dan China.

Sumber: Iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *