fbpx

Hard Rock Cafe & Hotel Pertamanya Di Negeri Sembilan Bakal Terbina

Ahmad Suhael

Selepas Johor, Negeri Sembilan pula akan menyusul. Dikatakan pembinaan Hard Rock Cafe (HRC) dan Hard Rock Hotel pertama di Port Dickson, Negeri Sembilan bakal diteruskan selewatnya tahun ini. Lokasi spesifik hotel berkenaan adalah di Batu 7, Teluk Kemang.

Ahli parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara ini. Namun beberapa proses dan syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan projek ini berjaya.

Antara syaratnya ialah hotel terbabit perlu menjaga kebersihan pantai, memelihara alam sekitar, menggunakan pekerja tempatan, kebajikan dan kediaman pekerja, latihan perhotelan, tidak akan dibenarkan untuk menjual arak secara melimpah dan perlu mengikut syarat yang ditetapkan.

Namun menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri belum menerima maklumat berhubung rancangan membina Hotel Hard Rock di Port Dickson.

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Gunung Bali Akhirnya Meletuskan Lavanya

Tanggal 24 Mei 2019 akhirnya Gunung Agung meletus dan mengeluarkan lavanya selepas 2 kali meletus mengeluarkan debu pada 12 Mei dan 18 Mei. Mengikut rekod, Gunung Agung meletus kali terakhir ialah lebih daripada setengah abad lalu iaitu pada tahun 1963. Kemudian bermula aktif semula pada tahun 2017. Letusan ini memaksa […]
Hard Rock Cafe & Hotel Pertamanya Di Negeri Sembilan Bakal Terbina 2