fbpx

Penerbangan Ke Pulau Pangkor Dijangka Di Buka Semula

Ahmad Suhael

Jika sebelum ini, berita mengenai Pulau Pangkor yang akan menjadi pulau bebas cukai bakal terlaksana, terbaru dikatakan penerbangan ke Pulau Pangkor dijangka bakal dibuka semula pada 1 Oktober ini.

Lapangan Terbang Pangkor dibuka sejak tahun 1993 dengan landasan kapal terbang sepanjang 732 meter, namun telah berhenti beroperasi sejak Februari 2014.

Pembukaan lapangan terbang terbabit dibuat awal sebelum perlaksanaan Pulau Pangkor bebas cukai pada awal tahun 2020. Walau bagaimanapun, pihak berwajib akan meneliti semula keadaan lapangan terbang terbabit bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.

”Kita akan lihat kekurangan dalam masa empat bulan ini untuk kita perbaiki termasuk dari segi tempat parkir kereta di kawasan itu”.

Tan Kar Hing, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri

Menurut Tan Kar Hing, beliau berkata sebuah syarikat penerbangan, SKS Airways Sdn Bhd dijangka bakal memulakan operasinya dari Lapangan Terbang Subang ke lapangan terbang tersebut.

Antara laluan penerbangan yang terlibat adalah Subang ke Pangkor dan juga laluan baru iaitu Subang – Ipoh yang akan beroperasi dua kali perjalanan pergi balik pada setiap hari, mulai 1 Oktober ini.

Pembukaan lapangan terbang Pangkor diharapkan dapat memberi impak pada ekonomi khususnya di Pulau Pangkor terutamanya dalam sektor industri pelancongan, makanan dan agensi pelancongan di Pulau Pangkor.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jambatan Angkat Terengganu Bakal Dibuka 2 Jun Untuk Percubaan

Berita baik untuk rakyat Terengganu khususnya! Jambatan ikonik Terengganu Jambatan Angkat akan dibuka kepada orang ramai bagi tempoh percubaan mulai dari 2 hingga 17 Jun ini. Jadi kepada anda yang mungkin melalui jalan terbabit boleh lah menggunakan kemudahan jambatan ini pada perayaan Aidilfitri nanti. Jambatan tersebut akan ditutup semula pada […]
Penerbangan Ke Pulau Pangkor Dijangka Di Buka Semula 2