Gunung Bali Akhirnya Meletuskan Lavanya
Tanggal 24 Mei 2019 akhirnya Gunung Agung meletus dan mengeluarkan lavanya selepas 2 kali meletus mengeluarkan debu pada 12 Mei dan 18 Mei.
Mengikut rekod, Gunung Agung meletus kali terakhir ialah lebih daripada setengah abad lalu iaitu pada tahun 1963. Kemudian bermula aktif semula pada tahun 2017.

Letusan ini memaksa penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang Bali terpaksa dibatalkan disebabkan oleh abu vulkanik yang mengganggu ruang udara kawasan berkenaan.
Letusan itu berlaku pada malam Jumaat dan berlangsung selama empat minit dan 30 saat, lava dilihat merebak dari kawah dan menuruni lereng selama tiga kilometer.
Buat masa sekarang belum ada lagi arah dibuat oleh pihak berkuasa untuk permindahan segera ke zon selamat menurut seorang jurucakap Agensi Penanggulangan Bencana Kebangsaan.
Sumber: Mail Online