12 Bas Percuma Untuk Rakyat Terengganu Balik Raya Tahun Ini

12 Bas Percuma Untuk Rakyat Terengganu Balik Raya Tahun Ini 1

Pastinya ini berita baik untuk rakyat terengganu khususnya mahasiswa kelahiran negeri terbabit. Menerusi program Jom Balik Raya Aidilfitri Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) 2019, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu akan menyediakan 12 bas secara percuma untuk anda pulang beraya di kampung halaman anda di Terengganu.

Program yang bertemakan ‘Tranung, mu tunggu aku balik’ itu bertujuan mengurangkan beban kewangan kepada mahasiswa anak jati negeri terbabit selain dapat menceriakan sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Antara lokasi yang terpilih ialah Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, Yayasan Terengganu. Bas dijadualkan bertolak ke lokasi yang telah ditentukan pada 31 mei ini dan dijangka tiba pada 1 Jun di pekarangan Yayasan Terengganu.

“Mahasiswa berkenaan juga akan menikmati hidangan sahur yang disediakan sebelum bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing,”

Muhamad Khairi Mezah, Pegawai Perhubungan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata)

Kesemua mahasiswa yang berminat untuk menggunakan khidmat bas percuma ini boleh merujuk laman sesawang Facebook universiti masing-masing.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *