Kota Kinabalu Destinasi Terbaik Perlaksanaan Kereta Api Trem

Bandar Kota Kinabalu yang semakin pesat membangun sejak 15 tahun lalu dilihat sangat sesuai jika idea perlaksanaan kereta api trem pertamanya di Malaysia di buat di sini.

Mengikut rekod Sabah Tourism Malaysia, pada tahun 2018 sahaja seramai 3.8 juta orang telah melancong ke Sabah. Seramai 1.3 juta daripadanya adalah pelancong dari luar negara.

Pelancong dari Jepun, Korea, China, Taiwan ataupun Eropah seolah-olah menjadikan Sabah sebagai tempat tinggal kedua mereka.

Image result for bandar kota kinabalu
Kredit Foto: Property Hunter

Situasi ini menjadikan Sabah sebagai salah sebuah negeri destinasi perlancongan unggul di Malaysia.

Kawasan bandar yang hampir dengan laut, adanya hotel mewah dan kewujudan pelbagai gedung membeli belah menjual barangan terkenal menjadikan antara faktor kepada peningkatan kedatangan pelancong ke Kota Kinabalu.

Melihat kemajuan bandar Kota Kinabalu yang pesat membangun, Ts. Dr. Mohd Fahmy Abdullah berpendapat Kota Kinabalu sangat sesuai di pilih sebagai bandar jika perlaksanaan kereta api trem ingin dilakukan di Malaysia.

Trem Hong Kong disediakan sebagai salah satu strategi daya tarikan pelancong di kawasan terpilih
Kredit Foto: Astro Awani

Perlaksanaan kereta api trem di Kota Kinabalu, Sabah dilihat sebagai sebuah pengangkutan yang menjadi penyambung kepada kesemua tempat tumpuan pelancong di Kota Kinabalu kerana perlaksanaannya lebih berkait rapat dengan eko-pelancongan.

Kereta api trem dilihat sebagai sebuah model pengangkutan kereta api yang ringan, bersifat santai, kos efisien.

Kebiasaannya, kereta api trem akan beroperasi di kawasan bandar. Jadi, tempat tumpuan pelancong sangat sesuai supaya kelangsungan kereta api trem ini dapat diteruskan jika ianya menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun, kajian terperinci perlu dilakukan. Antaranya ialah, reka bentuk, lokasi stesen, saiz kapasiti, laluan trem dan banyak lagi sebelum ianya ingin dilaksanakan.

Dengan penambahan pelancong ke Kota Kinabalu dilihat idea perlaksanaan kereta api trem ini sangat sesuai.

Hakikatnya, bandar raya Kota Kinabalu mempunyai kelebihan tersendiri sama ada jumlah pelancong yang hadir dan kawasan strategik bandar itu sendiri.

*Ts. Dr. Mohd Fahmy Abdullah merupakan Penyelidik Utama, Pusat Kecemerlangan Industri Rel (ICoE-Rel), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *