fbpx

Turkish Airlines Sedia Bekerjasama Tingkatkan Pelancong Ke Palestin

Ahmad Suhael

Kita sedia maklum yang Turki merupakan antara yang banyak membantu dan memperjuangkan hak rakyat Palesitn. Kali ini khabar yang menggembirakan untuk umat rakyat Palestin umumnya di mana Turkish Airlines bakal bekerjasama dengan bahagian Pelancongan Palestin untuk meningkatkan lagi pelancong ke Palestin.

Kerjasama ini dilihat akan membantu perkembangan ekonomi Palestin khususnya dalam industri pelancongan negara itu.

Umum ketahui Turkish Airlines adalah syarikat penerbangan dari Turki dan merupakan rangkaian syarikat penerbangan keempat terbesar di dunia.

Sehingga 2018, Turkish Airlines menawarkan penerbangan ke 304 destinasi di 119 negara di seluruh Eropah, Asia, Afrika dan Amerika.

Naib Presiden Turkish Airlines bahagian Timur Tengah, Muhammed Fatih Durmaz menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Palestin ketika pertemuan antara beliau dan Menteri Pelancongan Palestin, Rola Maayia.

Untuk rekod, serabai 130,000 warga Turki melawat Palestin untuk bercuti, urusan perniagaan dan sebagainya. Secara keseluruhan, Palestin menerima lebih daripada 3 juta pelancong dari luar pada 2018 sahaja.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak delegasi dan lawatan dari Turki mengunjungi Palestin. Ini menunjukkan Palestin dan Turki mempunyai hubungan yang kuat serta saling mempercayai.

Walau bagaimanapun, belum ada lagi lapangan terbang yang boleh beroperasi di wilayah Palestin. Diharap akan datang kerjasama ini dapat dilaksanakan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi rakyat Palestin.

Related image
Kredit Foto: Reporters

Sumber: Backpackerz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PLUS Cadang Bina Hotel Kapsul Di R&R

Hotel Kapsul kebiasaannya di bina di tempat-tempat persinggahan sementara menunggu atau penyambung perjalanan. Di Malaysia, kebanyakan hotel kapsul disediakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan juga KLIA dan KLIA2. Menariknya dikatakan pihak Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang untuk membina hotel kapsul di R&R bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan pertamanya di Malaysia. […]
Turkish Airlines Sedia Bekerjasama Tingkatkan Pelancong Ke Palestin 2