PLUS Cadang Bina Hotel Kapsul Di R&R

PLUS Cadang Bina Hotel Kapsul Di R&R 1

Hotel Kapsul kebiasaannya di bina di tempat-tempat persinggahan sementara menunggu atau penyambung perjalanan. Di Malaysia, kebanyakan hotel kapsul disediakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan juga KLIA dan KLIA2.

Menariknya dikatakan pihak Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang untuk membina hotel kapsul di R&R bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan pertamanya di Malaysia. Idea ini dikhususkan kepada pemandu bas & lori untuk mereka berehat dan melepaskan penat.

Walau bagaimanapun cadangan ini masih dalam kajian lagi.

“Ini antara penambahbaikan fasiliti sedang dikaji dan kita berharap langkah ini nanti dapat mengurangkan keletihan dalam kalangan pemandu kenderaan berat dan mereka boleh memandu dalam keadaan segar… sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan,”

Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS

Jika anda perasan, sesetengah R&R di lebuhraya PLUS mempunyai hotel. Namun terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Menurut Datuk Azman, kebanyakan pemandu hanya mahukan tempat tidur sementara atau ‘quick nap’ bukannya tidur seharian.

Idea ini nampak menarik, namun kajian terperinci perlu dilakukan dari segi kos, reka bentuk dan lokasi R&R. Segala faktor perlu diambil kira untuk memastikan idea ini bukan hanya sementara sahaja. Jika idea ini terlaksana, adakah anda akan menjadi salah seorang daripada pengguna Hotel Kapsul PLUS ini?

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *