Doa Amalan Masuk Hutan

Doa Amalan Masuk Hutan 1

Sebagai orang islam, kita diajar supaya berdoa sebagai pemula sesuatu aktiviti. Nak memandu, nak masuk tandas, pakai baju dan pelbagai lagi aktiviti ada doa tersendiri. Ini termasuklah bila kita mahu masuk ke dalam hutan untuk mendaki gunung atau pun merentas hutan.

Namun tak ramai dikalangan kita yang mengamalkan doa masuk hutan. Malah ada kurang memberi perhatian tentang adab memasuki hutan atau tempat-tempat yang bukan menjadi kebiasaan. Sedangkan hutan adalah tempat tinggal makhluk jin.

Kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau Acap di sekitar Gua Tempurung, Perak yang ghaib sehingga kini turut dikaitkan dengan pelbagai cerita mistik akan misteri kehilangannya.

Jadi, sebelum memasuk ke hutan kita digalakkan mengamalkan beberapa doa yang disarakan oleh agama Islam itu sendiri. Tidak lain tidak bukan adalah untuk meminta Allah SWT memelihara kita daripada kejadian tidak diingini berlaku.

Selain berdoa, adab dan etika perlulah dijaga. Sebagai contoh tidak bermulut celupar atau bergelak ketawa ketika berada dalam hutan. Amalan-amalan syirik seperti mantera, atuk cucu tumpang lalu dan pelbagai lagi jangan sekali-kali dilafazkan.

Image result for masuk hutan
Kredit Foto: Soscili

Seelok-eloknya, bacaan Al-Fatihah serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai pemula sebelum masuk ke hutan. Selesai itu boleh baca antara 3 doa di bawah ini.

1 . Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiun fil ardi wa la fis samaie, wahuwas sami’ul ‘alim.

Yang bermaksud; Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Sesiapa yang membaca sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh.

Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadith ini adalah Hasan].

2. Salamun  ‘ala  nuhin  fil  ‘alamina  innaka  hamidun  majid  [As-Saaffaat 37:79] 

Yang bermaksud; Kesejahteraan ke atas nabi Nuh di seluruh alam.

Kita percaya di mana Nabi Nuh diberi mukjizat boleh berbicara dan berhubung dengan haiwan. Haiwan pula patuh dengan Nabi Nuh. Kebesaran Allah itu diceritakan dalam peristiwa Bahtera Nuh.

Insya-Allah dapat mengelak daripada gangguan haiwan buas.

3.  ‘a’auudzu bi kalimaatillahit taammati min syarri maa khalaq 

Yang bermaksud; Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejelekan apa saja yang Dia ciptakan.

Sesiapa yang membacanya, nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu. [Riwayat Muslim (2709)].

4. Salamun a’la sulaiman fil a’lamin

Yang bermaksud; Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman.

Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Bila amalkan ayat di atas Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan jin ke atas kita.

Image result for solat dalam hutan
Kredit Foto: SAYS

Dan satu lagi pesanan terutamanya untuk yang beragama Islam. Bila masuk hutan solat mestilah dijaga. sesungguhnya solat itu tiang agama. Sedangkan walau sedang berperang pun kita diwajibkan solat inikan pula bila beriadah di dalam hutan. Sekain 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *