Anda minat melancong ke Indonesia? jangan lupa melawat Labuan Bajo. Banyak sangat tempat cantik yang instagrammable untuk korang yang kejar likes tu. hehe. Jom lihat apa yang menarik sangat ni di Labuan Bajo.
1 – Pulau Padar
Jika anda pernah mendaki Gunung Merbabu pasti anda suka ni. Permandangan ketika mendaki di Pulau Padar ini lagi cantik kehijauannya bukit-bukaunya dan biru lautnya. Memang berbaloi!
2- Wae Rebo
Anda boleh selami budaya dan kisah kehidupan suku Manggarai di sini. Kalau berminat, nak menginap di sini pon boleh!
3 – Sawah Lingko
Kalau di Bali, anda boleh lihat padi berbukit di Ubud. Tapi di sini anda boleh lihat padi berbentuk sarang labah-labah! Petak sawah melingkar ini memang dibuat secara khusus, yang terkait pola pengelolaan secara adat.
4 – Manta Point
Anda seorang diver? mungkin di sini anda patut berada. Selain dapat selami kecantikan terumbu karang di sini, anda mungkin bertuah jika dapat bertemu dengan ikan Manta dan juga pari raksasa.
5 – Pantai Pink
Selalunya pantai berwarna biru kan? tapi di sini anda boleh nikmati pantai berwarna merah jambu. Pantai ini mendapat warna yang unik dari organisma mikroskopik yang dipanggil Foraminifera. Mereka menghasilkan pigmen terumbu karang merah. Apabila kepingan kecil karang menggabungkan dengan pasir putih, ia menghasilkan warna merah jambu yang lembut, yang terlihat di pantai.
6 – Gili Lawa
Kecantikan setanding Pulau Padar. Bahkan ada keunikannya tersendiri. Di sini anda boleh mendaki sendikit untuk melihat permandangan paling cantik iaitu apabila terbenamnya matahari.
7 – Danau Kelimutu
Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke puncak Danau Kelimutu ini, pasti anda teringin melihat 3 danau besar yang terletak di puncak berkenaan. Ini kerana 3 danau terbabit memiliki tiga warna yang berbeza dan mampu berubah mengukit peredaran bumi dan waktu-waktu tertentu.
8 – Cunca Wulang Waterfalls
Tak suka main air di pantai disebabkan terik matahari? Cunca Wulang tempat terbaik untuk anda. kawasan yang cantik terbentuk dari semula jadi ditambah dengan air yang biru sangat berbaloi untuk datang ke sini. Jangan lupa upload ke sosial media. Mesti banyak likes!
9 – Goa Rangko
Ada yang tempat ini sebagai Goa Buaya, tetapi apa pun namanya, semua orang bersetuju dengan keindahan tersendiri Goa Rangko. Bayangkan, terdapat sebuah gua yang di dalamnya dipenuhi air garam yang bersih dan penuh dengan stalaktit yang indah. Cun melecun weh!
10 – Pulau Komodo
Salah satu perkara yang perlu anda lihat di Flores pastinya adalah keajaiban dunia, Komodo. Tidak banyak destinasi pelancongan di Labuan Bajo yang mempamerkan haiwan eksotik dari Timur Indonesia sebagai tarikan utamanya. Melihat cara hidup mereka, makan, berinteraksi dengan persekitaran mereka, semuanya luar biasa.