fbpx

Air Asia & Qatar Airways Ungguli Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skyrax 2019

Ahmad Suhael

Sekali lagi Air Asia mengungguli anugerah syarikat penerbangan tambang murah Asia bagi tahun ke 11 berturut-turut. Selain itu Air Asia juga dipilih sebagai syarikat penerbagan terbaik bagi Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah bagi tempat duduk Premium Flatbed.

Qatar Airways pula mengungguli gelaran syarikat penerbangan terbaik dunia 2019 berbanding tempat ke dua pada tahun sebelum ini di belakang Singapore Airlines. Manakala syarikat penerbangan nasional iaitu Malaysia Airlines mendapat tempat ke 36 jatuh 2 anak tangga daripada tahun lepas ditempat ke 34.

Pemilihan pemenang anugerah tahun ini ditentukan melalui kaji selidik ke atas 21.65 juta pelanggan dengan 100 kewarganeraan yang menilai lebih 300 syarikat penerbangan mulai Ogos 2018 sehingga Mei 2019.

Bersempena dengan kemenangan ini AirAsia akan melanjutkan jualan besar-besaran AirAsia sehingga 23 Jun, 2019 dengan tambang bermula serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi domestik dan daripada RM89 bagi penerbangan antarabangsa, tertakluk kepada terma dan syarat

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Maksud "Serve No Pork" Yang Sebenar. Perkongsian Mualaf Ini Pasti Buat Anda Terkejut

Bila bab halal dan haram, ianya sangat sensitif terutamanya bagi yang beragama Islam. Ini kerana ianya berkait dengan pegangan agama seseorang muslim itu. Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook di mana seorang bekas pekerja kedai makan milik bukan melayu berkongsi tentang tanda “SERVE NO PORK”. Perkongisan beliau mendapat lebih […]
Air Asia & Qatar Airways Ungguli Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skyrax 2019 2