fbpx

Gunung Rinjani Dibuka Untuk Pendaki Tapi Bersyarat

Ahmad Suhael

Siapa pendaki tegar mesti kenal nama Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia ini. Sebelum ini pendakian ke Gunung Rinjani di tutup atas faktor keselamatan akibat daripada bencana alam yang berlaku di sana.

Terbaru, pendakian Gunung Rinjani telah di buka tetapi pendakian hanya terhad sampai ke Pelawangan sahaja. Para pendaki tidak diizinkan mendaki hingga puncak Gunung Rinjani dan Danau Segara Anak atas faktor keselamatan.

Selain itu, peraturan yang baru bakal diperkenalkan ialah khemah penginapan para pendaki perlu diasingkan bagi pendaki wanita dan lelaki bagi yang belum berkahwin.

“Perkara ini masih dibincangkan, kami dalam usaha untuk melaksakan peraturan itu,”

kata Sudiyono, Ketua TNGR seperti dilaporkan portal berita The Jakarta Post

Peraturan baru diperkenalkan oleh Agensi Taman Nasional Gunung Rinjani (TNGR) dalam usaha menyokong industri pelancongan halal di Lombok, Nusa Tenggara Barat.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Air Asia & Qatar Airways Ungguli Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skyrax 2019

Sekali lagi Air Asia mengungguli anugerah syarikat penerbangan tambang murah Asia bagi tahun ke 11 berturut-turut. Selain itu Air Asia juga dipilih sebagai syarikat penerbagan terbaik bagi Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah bagi tempat duduk Premium Flatbed. Qatar Airways pula mengungguli gelaran syarikat penerbangan terbaik dunia 2019 berbanding tempat […]
Gunung Rinjani Dibuka Untuk Pendaki Tapi Bersyarat 2