Kini Giliran Terengganu Pula Bakal Ada Pasaraya SOGO

Kini Giliran Terengganu Pula Bakal Ada Pasaraya SOGO 1

Selepas jambatan angkat dan pantai miami yang popular dikalangan rakyat Terengganu khususnya baru-baru ini, terbaru ada lagi berita baik untuk rakyat terenganu di mana satu lagi projek mega akan di bina di Bandar Raya Kuala Terengganu.

Projek yang dimaksudkan adalah pembinaan pusat membeli-belah Mayang Mall, yang turut menempatkan pasar raya Sogo di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Pusat beli belah ini dijangka akan siap 4 tahun akan datang.

Bakal di bina di kawasan seluas 715,000 kaki persegi, Mayang Mall akan dibina berketinggian 6 tingkat untuk fasa pertama dan bakal menempatkan apartmen setinggi 15 tingkat dan hotel setinggi 16 tingkat pada fasa kedua.

Sebanyak 300 ruang perniagaan bakal tersedia di Mayang Mall, termasuk pelbagai outlet pakaian, panggung, pasar raya ternama, pusat kesihatan dan pusat rekreasi, kedai buku, restoran, bazar makanan, surau dan pelbagai kemudahan lain. Ini dilihat bakal memberi peluang pekerjaan kepada rakyat terengganu khususnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *