Maksud “Serve No Pork” Yang Sebenar. Perkongsian Mualaf Ini Pasti Buat Anda Terkejut

Maksud "Serve No Pork" Yang Sebenar. Perkongsian Mualaf Ini Pasti Buat Anda Terkejut 1

Bila bab halal dan haram, ianya sangat sensitif terutamanya bagi yang beragama Islam. Ini kerana ianya berkait dengan pegangan agama seseorang muslim itu. Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook di mana seorang bekas pekerja kedai makan milik bukan melayu berkongsi tentang tanda “SERVE NO PORK”. Perkongisan beliau mendapat lebih 15 ribu like dan share!

Maksud "Serve No Pork" Yang Sebenar. Perkongsian Mualaf Ini Pasti Buat Anda Terkejut 2
Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: historia

Menurut pemilik akaun Allyssia Affandi ini, sebagai seorang muslim jangan ambil mudah tanda “SERVE NO PORK” di sesebuah kedai restoran. Ini kerana, walaupun makanan yang di jamu tidak mengandungi babi, tetapi peralatan dapur dan minyak yang digunakan kemungkinan tidak halal dan bercampur dengan babi.

Pengalaman saya sendiri bekerja di restoran cina sebelum masuk Islam, dia kata serve no pork tetapi sekali sekala dia goreng babi di minyak pengoreng chicken chop dan guna pisau yang sama potong daging babi yang siap di goreng untuk makanan sendiri. Ayam dan daging dah tentu tidak halal, dah bukan Islam yang sembelih.

Allyssia Affandi

Bertudung Tak Semestinya Halal

Tambah beliau lagi, pengalaman beliau sendiri ketika di Sarikei di mana tauke kedai mengambil pekerja Islam Indonesia untuk bekerja di restorannya. Bila di beritahu bahawa orang Islam tidak makan babi dan haram bagi Islam, tauke itu membalas bahawa ada ayam di sediakan untuk pekerja Islam Indonesia itu. Walaupun begitu, peralatan dapur yang digunakan masih lagi bercampur dengan makanan tidak halal di situ.

Maksud "Serve No Pork" Yang Sebenar. Perkongsian Mualaf Ini Pasti Buat Anda Terkejut 3
Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: makanjogja

Jadi, tidak semestinya jika ada orang bertudung bekerja di sesebuah restoran itu bermakna halal untuk anda makan di situ. Adalah lebih baik bertanyakan kepada pekerja terbabit untuk kesahihan.

Pengalaman Makan Babi Selama 18 Tahun Sebelum Islam

Menurut Allyssia Affandi sebelum memeluk Islam, sudah 18 tahun beliau makan makanan tak halal iaitu babi. Jadi pastinya rasa makanan yang mengandungi babi pasti kenal.

Maksud "Serve No Pork" Yang Sebenar. Perkongsian Mualaf Ini Pasti Buat Anda Terkejut 4
Gambar Sekadar Hiasan. Kredit Foto: muis.org

Kejadian ni saya sendiri pernah rasa beberapa tahun lepas. Tempat viral. Bawa suami dan anak anak makan ke sana. Nasib saya punya oder sup Tom yam (serve no pork) dulu sampai di meja, sekali rasa sup babi bukan sup ikan asli. Saya terus bawa suami dan anak balik tapi tetap bayar biarpun tak makan. Kenapa saya boleh tahu??Lapan belas tahun kot saya pernah makan babi takkan rasa minyak dan sup babi tu boleh hilang dalam ingatan dalam beberapa tahun saja saya masuk Islam.

Allyssia Affandi

Tambah beliau lagi, rahsia mee cina sedap kebanyakkan menggunakan minyak babi. Jadi untuk anda di luar sana, pastikan betul betul ada logo halal yang disahkan oleh jakim barulah masuk ke kedai.

Maksud “SERVE NO PORK” Yang Sebenar

Menurut seorang bukan muslim bernama Georgie Jaulah, maksud “SERVE NO PORK” sebenarnya ialah bertujuan menyatakan tiada babi dijual atau dijamu dikedai terbabit. Ianya tidak bermaksud halal kerana makanan tidak halal masih dijual seperti udang, ketam, sotong dan lain lain lagi tetapi mungkin dimasak menggunakan minyak babi.

Maksud "Serve No Pork" Yang Sebenar. Perkongsian Mualaf Ini Pasti Buat Anda Terkejut 5

Menurut Georgie lagi, ayat itu adalah untuk agama Kristian yang tidak makan Babi memandangkan segelintir penganut agama ini tidak boleh makan makanan ini.

Jadi pada anda yang beragama Islam khususnya, berhati-hati dengan papan tanda “SERVE NO PORK” ini. Pastikan ada tanda halal dan bertanyakan kepada pekerja restoran untuk lebih sahih sebelum makan tanda usul periksa.

Sumber: Facebook Allyssia Affandi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *