Menarik! Beg Basuh Pakaian Untuk Kaki Travel. Tak Perlu Lagi Ke Dobi.

Kalau dah travel lama-lama pasti nak kena basuh baju kan? Perkara ini lah paling malas sebenarnya nak buat. hehe. Tapi sekarang zaman teknologi. Apa yang tak boleh pasti ada jalan penyelesaiannya.

Memperkenalkan Scrubba Wash Bag. Reka bentuknya seakan akan waterproof bag dan saiz yang sederhana dan fleksibal sangat ringan untuk di bawa ke mana sahaja. Malah boleh dilipat ke saiz lagi kecil untuk diletakkan dalam bagpack anda. Sabun pencuci asing ye.

Kredit Foto: Scrubba

Scrubba Wash Bag diperbuat daripada kain jenis microbial dan hidrolisis iaitu tahan polyether TPU dengan tetingkap lutsinar untuk melihat kain basuhan dan isian air.

Cara gunakannya amat mudah. Anda hanya perlu memasukkan air dari dua hingga empat liter dan sedikit sabun pencuci pakaian. kempiskan dan tutup klip bag. Jika ada lagi udara di dalam bag, anda boleh keluarkannya dari injap. Kemudian anda perlu mengosok pakaian anda. Lebih kurang 3 minit kotoran biasa dapat di bersihkan. Mudahkan?

Sumber foto; Run Hike Play

Sumber: Scrubba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *