Perkongsian dari Facebook Najmi Farisham ini menarik perhatian kami. Memandangkan kami belum pernah lagi menaiki pesawat yang menyediakan ruang solat untuk memudahkan solat dalam kenderaan sedang bergerak, jadi kami kongsikan juga pada anda.
Menurut Najmi, pesawat yang menyediakan ruang solat itu ialah pesawat dari syarikat Saudi Airlines. Ruang solat tersebut ditempatkan di bahagian hujung pesawat.
Manakala saiz ruang tersebut tidaklah begitu besar, tetapi muat untuk solat berjemaah seramai 3 ke 4 orang menurutnya lagi. Malah sesiapa yang menunaikan solat boleh tunaikan secara sempurna. Anda boleh berdiri, rukuk dan sujud dengan sempurna.
Solatlah Di Mana Sahaja
Sebagai umat Islam, solat itu wajib. Ianya tiang agama Islam. jika tinggalkannya, maka robohlah Islamnya. Sedangkan ketika berperang dan sakit pun solat masih dituntut. Inikan lagi ketika anda sedang bercuti, melancong travel ke sana ke mari.
Najmi FarishamUntuk aku sendiri, ada surau ke tiada tak menjadi masalah. Kita dibolehkan untuk solat di kerusi masing-masing. Duduk dengan selesa dan angkatlah takbiratul ihram. Masa rukuk, tundukkan kepala sikit ke bawah. Ketika sujud pula, rendahkan lagi kepala berbanding rukuk tadi.
Namun masih ada lagi yang tak yakin solat dalam kenderaan yang sedang bergerak seperti kereta, bas, teksi, mahupun kapal terbang. Kita wajib solat didalam waktu yang ditetapkan, jadi solatlah. Hormati waktu solat itu. Jika tidak yakin dengan solat tadi, boleh diqadaqkan tiada masalah.
Islam itu mudah, jadi sebagai seorang muslim janganlah kita tinggalkan dengan pelbagai alasan. Kalau tak tahu itulah tujuannya belajar.
Kiblat Ketika Dalam Kenderaan Bergerak
Ramai juga yang tinggalkan solat atas alasan tak tahu arah kiblat.
Najmi FarishamKalau tahu arah kiblat dan mudah untuk menghadapnya, hadapkanlah wajah kita ke sana. Cuma kalau tidak tahu, memadai untuk kita duduk di kerusi dan hadaplah ke arah depannya saja.
Dalam Islam kita sudah diajarkan dengan rukhsah solat ketika bermusafir iaitu jamak dan qasar. Jamak bermaksud gabung. Jadi solat zohor boleh dilaksanakan sekali dengan asar. Maghrib pula dengan isyak. Qasar pula memendekkan 4 rakaat solat zohor, asar dan isyak kepada hanya 2 rakaat sahaja. Mudah kan?
Tuhan sudah memberi nikmat kita untuk mengembara, jadi balaslah dengan ketaatan kepada Nya. Done dakwah 😉
Sumber: Facebook Najmi Farisham