fbpx

Siri Terbaru Filem “Fast & Furious” Menjalani Penggambaran Di Phuket

Ahmad Suhael

Bagi peminat filem bersiri “Fast & Furious” terutamanya di Asia pasti gembira dengan khabar ini. Dikatakan filem “Fast & Furious” terbaru bakal menjalani pengambaran di Thailand.

Berita ini disahkan apabila pengurus produksi filem, Piya Pestonji, bertemu dengan Gabenor Krabi, Lt Col M.L. Kitibadee Prawit, di Dewan Daerah Krabi semalam untuk membincangkan kerjasama dengan Pengarah Pejabat Pelancongan Thailand (TAT) Krabi, Apichai Aranyik.

FF9 production manager Piya Pestonji (second from left) and Krabi Governor Lt Col M.L. Kitibadee Prawit (centre) meet that Krabi Provincial Hall. Photo: PR Dept
Kredit Foto: the Phuket News

Umum ketahui filem “Fast & Furious” amat di minati ramai diseluruh dunia. Boleh dikatakan setiap siri filem terbabit mendapat tontonan yang tinggi. Malah hero filem Tom Yung Gong iaitu Tony Jaa juga pernah membintangi filem terbabit.

Dikatakan sebanyak 340 juta bath akan dilaburkan di Thailand dan pastinya filem ini akan menarik pelancong asing untuk melawati negara terbabit untuk melihat sendiri penggambaran filem itu di Phuket, Thailand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pasar Terapung Bakal Menjadi Tarikan Terbaru Di Terengganu

Selepas jambatan angkat, pantai ‘Miami’ dan paling terbaru pasaraya SOGO yang bakal dibina tak lama lagi, nama Kuala Nerus terus menjadi bualan lagi apabila dikatakan di Kuala Nerus bakal ada ‘Floating Market’ atau pasar terapung. Umum ketahui pasar terapung amat popular di negara-negara asia tenggara yang lain seperti Indonesia dan […]
Siri Terbaru Filem "Fast & Furious" Menjalani Penggambaran Di Phuket 2