Pasar Terapung Bakal Menjadi Tarikan Terbaru Di Terengganu

Selepas jambatan angkat, pantai ‘Miami’ dan paling terbaru pasaraya SOGO yang bakal dibina tak lama lagi, nama Kuala Nerus terus menjadi bualan lagi apabila dikatakan di Kuala Nerus bakal ada ‘Floating Market’ atau pasar terapung.

Umum ketahui pasar terapung amat popular di negara-negara asia tenggara yang lain seperti Indonesia dan Thailand. Jika idea pasasr terapung ini menjadi kenyataan, ianya bakal menjadi sebagai satu lagi produk pelancongan terbaru sekaligus menjadi yang pertama di negeri Terengganu.

Image result for floating market hatyai
Klong Hae Floating Market Hatyai Thailand. Kredit Foto: Youtube

Lokasi strategik adalah di Seberang Takir kerana ianya berlatar belakangkan jambatan angkat selain ianya mempunyai panorama yang indah untuk dimanfaatkan. Namun, ianya masih lagi dalam peringkat cadangan.

Idea pasar terapung ini amat menarik dan pastinya akan menarik perhatian orang ramai terutama pelancong dari luar negeri Terengganu untuk melawat Terengganu di masa akan datang. Walaupun sudah adanya pasar terapung di Kelantan dan di Hatyai, Thailand, konsep yang ingin ditampilkan pastinya berlainan untuk menjadikan ianya lebih unik daripada yang lain.

Image result for floating market pulau suri kelantan
Pasar Terapung di Pulau Suri, Kelantan. Kredit Foto: mdrazali.blog

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *