fbpx

Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia Di Pulau Pinang. Pecah Rekod Dunia!

Ahmad Suhael

Mengatasi rekod dunia 0.602km milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat, gelongsor air terpanjang di dunia sepanjang 1.140km di taman tema Escape Pulau Pinang di Teluk Bahang ini bakal di rekodkan ke dalam Guiness World Records.

Bakal siap pada Ogos tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Escape, Sim Choo Kheng berkata, wakil daripada Guiness World Records akan hadir untuk meneliti kelengkapannya sebelum memberi pengiktirafan terbabit.

Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia Di Pulau Pinang. Pecah Rekod Dunia! 1
Kredit Foto: Gateway

Gelongsor dengan ketinggian 70 meter itu yang dibina pada fasa ketiga “Gravity Play” itu menelan kos sebanyak RM10.6 juta. Ini termasuk pembinaan satu laluan kereta kabel untuk membawa pengunjung dari kaki bukit ke tempat permulaan gelongsor air.

Selain gelongsor air yang bakal dibuka ini, Escape Pulau Pinang mempunyai lebih 40 tarikan menarik antaranya ‘flying fox’ dan ‘kite flyers’ di ‘Adventureplay, Water Slide, ‘lazy river’, ‘speed racer’ dan ‘waveball’ di ‘Water Play’, kereta kabel yang melalui kawasan hutan, meneroka terowong dan memanjat pokok.

Image result for world longest water slide in pulau pinang
Kredit Foto: SAYS

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Rumah Salji Rembau Menjadi Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Lebih daripada 1000 orang telah pun mencuba rumah salji Rembau ini. Idea yang dahulunya ditertawakan oleh rakan-rakan akhirnya kini menjadi tarikan menarik di Rembau. Hanya bermodalkan kira-kira RM20,000, Mohd Khairul Azman Mustakim, 31 mampu merealisasikan idea untuk membuat rumah salji Rembau seperti di I-City, Shah Alam. Lebih menarik apabila kebanyakan […]
Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia Di Pulau Pinang. Pecah Rekod Dunia! 3