Rumah Salji Di Rembau Menjadi Tarikan Terbaru

Rumah Salji Di Rembau Menjadi Tarikan Terbaru 1

Lebih daripada 1000 orang telah pun mencuba rumah salji di Rembau ini. Idea yang dahulunya ditertawakan oleh rakan-rakan akhirnya kini menjadi tarikan menarik di Rembau.

Hanya bermodalkan kira-kira RM20,000, Mohd Khairul Azman Mustakim, 31 mampu merealisasikan idea untuk membuat rumah salji seperti di I-City, Shah Alam. Lebih menarik apabila kebanyakan peralatan yang digunakan untuk membina rumah salji ini dikitar semula dari kilang.

Lokasinya pula yang terletak betul-betul bersebelahan jalan raya menjadikan ianya mudah untuk didatangi orang luar dari Johor, Melaka dan Kuala Lumpur kebanyakannya.

Rumah Salji Di Rembau Menjadi Tarikan Terbaru 2
Sumber foto: Himpunan Cerita Lawak

Menurut Mohd Khairul Azman Mustakim, 31, idea terbabit hadir selepas terlibat dalam perusahan sejuk beku NKA Frozen sejak tiga tahun lalu.

Tambahannya lagi, rumah salji beliau lebih bercirikan kawasan permainan kanak-kanak. Buat masa ini ianya memuatkan sembilan kanak-kanak dan tiga orang dewasa. Kemungkinan akan membesarkan 3 kali ganda pada masa akan datang.

Walaupun kapasiti rumah salji beliau belum cukup besar untuk menampung kehadiran pengguna yang meningkat, ianya sudah cukup menjadi antara tarikan baharu di kawasan itu bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat bahkan orang luar.

Rumah salji beliau beroperasi seawal pukul 9 pagi hingga 6.30 petang dari hari Selasa hingga Ahad dengan bayaran kemasukan sebanyak RM15 untuk kanak-kanak berusia satu hingga 17 tahun termasuk baju sejuk dan kasut. Manakala untuk dewasa RM5 termasuk sewaan baju sejuk dan kasut.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *