Kajian Saintis Mengatakan Travel Beri Kebahagiaan Berbanding Harta Benda

Kajian Saintis Mengatakan Travel Beri Kebahagiaan Berbanding Harta Benda 1

Pernah tak anda bila masuk je gaji, terasa nak membeli belah untuk kepuasan diri contohnya jam tangan, kasut dan bermacam lagi. Kemudian selepas membeli dan memakainya untuk beberapa minggu atau bulan, rasa keseronokan memakai jam tangan atau kasut baru tadi mula pudar.

Kemudian anda terasa ingin lagi membeli kerana perasaan seronok memiliki barangan idaman. Kitaran ini akan berulang-ulang seperti tiada henti. Dan bayangkan ianya berulang sehingga akhir hayat anda.

Betullah kata orang, manusia tak pernah puas walaupun di mulut katanya sudah cukup. Dalam Islam sendiri kita di ajar untuk hidup bersedarhana yakni mengawal nafsu dan hanya mengutamakan keperluan dari kemahuan. Sentiasa hidup bermuhasabah diri, bersyukur dengan kelebihan diri dan kekurangan orang lain.

Image result for travel more happy
Gambar Sekadar Hiasan. Kredit Foto: Sojern

Harta Benda Tidak Membantu Anda Dapat Kebahagiaan

Menurut kajian yang dijalankan oleh Thomas Gilovich di Cornell Universiti, kegembiraan yang hasil dari membeli harta benda dan travelling adalah sama. Tapi kegembiraan yang bertahan lama adalah kegembiraan yang di jana dari travelling.

Bagaimana Travel Buat Anda Lebih Gembira Dan Bahagia?

Pengalaman

Dr. Gilovich mengatakan pengalaman memainkan peranan yang penting dalam diri (spiritual) berbanding harta benda. Anda mungkin benar-benar menyukai pembelian anda dan anda mungkin akan sampai ke tahap pemikiran bahawa sebahagian daripada anda bersambung dengan barangan itu; Walau bagaimanapun, mereka berasingan daripada identiti anda. Sebaliknya, pengalaman travelling adalah sebahagian daripada siapa anda.

Tambahnya lagi, kenangan bermakna dan paling dihargai anda bukan dari barangan harta benda yang telah anda beli. Sebaliknya, ianya merupakan jumlah keseluruhan pengalaman hidup anda.

Bila anda travel, banyak benda baru yang anda akan pelajari dan lihat sebagai contoh budaya dan permandangan indah dan tempat yang tak pernah anda jejaki. Suasana ini memberi lebih pengisian dalam diri anda. Minda dan badan seakan berhenti seketika untuk menyerap semua perkara baru bila anda travel.

Dengan travel juga akan membuatkan terputus sebentar dengan normal kehidupan anda. Pernah tak anda tak fikir langsung tentang kerja bila travel? mesti pernah bukan? ini lah antara bukti yang menunjukkan bila anda travel, ianya menawarkan kesan yang sangat baik untuk mencipta kenangan bahagia dan abadi yang sukar dilupakan atau diganti.

Hubungan Sesama Manusia

Robert Waldinger, ketua penyelidikan berusia 80 tahun di Harvard University memberitahu keputusan dari satu kajian menunjukkan bahawa individu yang paling rapat dengan keluarga, kawan-kawan, masyarakat , dan orang lain adalah yang paling sihat dan paling bahagia.

Waldinger menambah bahawa anda perlu memperkukuhkan hubungan anda dengan melakukan perkara-perkara baru bersama dengan orang-orang dalam hidup anda. Beliau terus menjelaskan bahawa pengalaman menghubungkan anda dengan orang lain dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh harta benda. Bagi beliau, beberapa pengalaman yang paling penting dalam hidupnya adalah datang dari travel. Ianya merapatkan lagi hubungan kekeluargaan beliau.

Belajar Perkara Baru

Selain itu, untuk hidup bahagia dan gembira anda perlu rajinkan diri anda sertai sukan, belajar skil baru, atau hadir ke acara-acara yang tak pernah anda pergi sebagai contoh gotong royong, persembahan teater dan bermacam lagi. Participating in extreme sports, learning new skills, or going to unusual events will bring you joy. Kereta atau alat gajet akhirnya akan menjadi biasa pada anda. Sebaliknya, kenangan yang anda ciptakan akan menjadi sumber kebahagiaan sebenar yang akan kekal dengan anda seumur hidup anda.

Sumber: daily Health Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *