fbpx

Air Asia Sedia Bergabung Dengan Malaysia Airlines

Ahmad Suhael

Maklum sedia tahu dengan kejayaan Air Asia dalam Anugerah Penerbangan Dunia Skyrax 2019 baru baru ini. Tetapi tidak untuk pesaingnya iaitu Malaysia Airlines. Jadi apakah pelan tindakan untuk membaik pulih Malaysia Airlines supaya menjadi antara syarikat penerbangan pilihan orang ramai?

Menurut pemegang saham bagi kedua-dua syarikat terbabit, Khazanah Nasional Berhad menyatakan antara cadangan ialah dengan menggabungkan kedua-dua syarikat ini jika diminta berbuat demikian oleh kerajaan dan bersesuaian dengan situasi semasa.

Seorang pegawai kanan syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, tidak dinafikan terdapat potensi besar dalam penggabungan ini kepada kedua-dua pihak jika dijalankan dengan strategi dan memfokuskan kepada landasan perniagaan sebenar.

“Saya merasakan AirAsia sendiri turut beranggapan jika penggabungan itu memberi kelebihan kepada semua pihak, perkara itu perlu diteruskan tetapi masalah yang kerap berlaku adalah apabila terdapat campur tangan dalaman dari Malaysia Airlines sendiri,”

kata pegawai berkenaan yang enggan dikenali kepada BH baru-baru ini.

Jika gabungan ini terlaksana, perkara yang akan diutamakan adalah memulihkan pengurusan Malaysia Airlines dan menjadikan syarikat penerbangan negara itu sebagai sebuah syarikat penerbangan baru.

Menurut beliau lagi, perkara yang akan selesaikan dahulu ialah masalah dalaman syarikat Malaysia Airlines diikuti pelan jangka hayatnya. Dikatakan telah ramai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines melepaskan jawatan sedangkan mereka ialah dikalangan pakar dalam pemulihan syarikat penerbangan.

“Bukan individu biasa, sudah terbukti kemampuan mereka dalam meningkatkan kembali syarikat penerbangan yang hampir ‘musnah’. Ini kerana masalah dalaman syarikat penerbangan itu sendiri,”

Sebelum ini, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pernah menyatakan berupaya membantu memulihkan Malaysia Airlines tetapi enggan memberi kata putus mengenainya.

Sumber: BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Caj Insuran Bagi Yang Melancong Ke Thailand

Kalau anda kaki melancong mesti anda dah pergi keKrabi, Phuket, Hatyai dan Bangkok. Semua ini adalah destinasi yang popular di Thailand terutamanya bagi pelancong luar negara. Tapi selepas ini jika anda bercadang untuk ke sana lagi, anda bakal dikenakan caj insuran. Kenapa? Baca lagi. Undang-undang ini bakal terlaksana pada hujung […]
Air Asia Sedia Bergabung Dengan Malaysia Airlines 2