Caj Insuran Bagi Yang Melancong Ke Thailand

Kalau anda kaki melancong mesti anda dah pergi keKrabi, Phuket, Hatyai dan Bangkok. Semua ini adalah destinasi yang popular di Thailand terutamanya bagi pelancong luar negara. Tapi selepas ini jika anda bercadang untuk ke sana lagi, anda bakal dikenakan caj insuran. Kenapa? Baca lagi.

Undang-undang ini bakal terlaksana pada hujung tahun ini di mana caj insuran perjalanan sebanyak 20 Baht (~RM2.70) kepada semua pelancong bakal dikenakan oleh pihak berkuasa Thailand.

Tujuannya ialah untuk memberi perlindungan kepada pelancong luar negara apabila melancong ke negara Gajah Putih terbabit. Jika berlaku apa-apa musibah insuran terbabit akan memberi perlindungan sehingga 1 juta Baht (~RM134,944.50) untuk kes kematian dalam tempoh sebulan.

Setiap pelancong perlu membuat pembayaran di imigresen lapangan terbang negara terbabit dan setiap agensi pelancongan pula akan mengenakan caj insuran ini terhadap setiap pelanggan mereka bagi tujuan perlindungan.

Jadi selepas ini nak ke Thailand tak perlu lagi risau jika berlaku apa-apa kerana sudah dilindungi insuran. Adakah dengan cara caj insuran ini boleh menggantikan travel insuran? Komen pendapat korang di bawah.

Sumber: Bangkok Post