Lawat Taj Mahal Lebih 3 Jam Kena Denda

Lawat Taj Mahal Lebih 3 Jam Kena Denda 1

Siapa tak tahu kisah di sebalik Taj Mahal kan. Monumen ini pulak tersenarai antara salah satu keajaiban dunia lagi. Tak hairan begitu ramai manusia melancong ke India untuk melihat dan merakamkan gambar sebagai kenangan bersama monumen ini.

Berdasarkan rekod, kira-kira 50,000 pelancong sehari melawat Taj Mahal menjadikan jumlah kemasukan pelancong sekitar tujuh juta setahun. Ini belum dikira yang menyelinap masuk tanpa bayaran sah lagi. Pastinya angkanya lebih dari itu.

Perkara ini nampak baik kerana ianya memberi impak positif dan pendapatan kepada negara India. Namun ada juga impak negatifnya. Monumen yang menjadi kebanggaan rakyat India ini menghadapi masalah kerana terlalu ramai pelancong yang membanjiri monumen terbabit.

Jadi pihak pengurusan monumen mengenakan caj btambahan jika pengunjung berada dalam kawasan monumen melebihi tiga jam bermula April lalu. Setiap pengunjung yang melawati akan diperiksa daripada tiket yang diberi ketika di pintu keluar. Sekiranya masa lawatan melebihi tiga jam, denda bakal dikenakan.

Menurut Superintendan Arkeologi Taj Mahal, Bhuvan Vikram, peraturan baru ini dibuat untuk mengurangkan jumlah pengunjung yang membuatkan Taj Mahal sesak setiap hari. Jangka masa tiga jam sudah cukup untuk melawat keseluruhan kawasan monumen tanpa perlu terkejar-terkejar.

Tambah beliau lagi, peraturan baru ini juga adalah untuk mengahalang pengunjung yang mengambil kesempatan berpiknik dalam kawasan monumen hingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung lain. Di samping mengelakkan kesesakan, peraturan baru ini juga dibuat untuk mengahalang pengunjung yang mengambil kesempatan berpiknik dalam kawasan monumen hingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung lain.

Sumber: Travel & Leisure

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *