Pelancong Ke Thailand Bakal Dipantau TM30

Pelancong Ke Thailand Bakal Dipantau TM30 1

TM30 adalah salah satu lagi prosedur yang diperkenalkan oleh Imigresen Thailand sejak tahun 2005. Namun mula diperketat perlaksanaan baru-baru ini.

Jika sebelum ini, kenyataan tegas telah dikeluarkan berkenaan penggunaan kenderaan oleh warga asing di atas jalanraya di Thailand.

Untuk pengetahuan anda, TM30 ini diperkenalkan bagi memantau pergerakan dan keberadaan warga asing merangkumi pelancong dan pekerja dari luar negara Thailand.

Image result for thailand imigresen
Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: World of Buzz

Setiap warga asing wajib mengisi borang TM30 dan borang terbabit perlu dilaporkan kepada pihak berwajib oleh tuan rumah atau pemilik premis penginapan dalam masa 24 jam daripada ketibaan warga asing.

TM30 ini dilihat sebagai salah satu langkah keselamatan oleh pihak kerajaan Thailand bagi memantau pergerakan warga asing di negara terbabit. Ini bermaksud, mereka ingin mengurangkan risiko menjadi lokasi persembunyian penjenayah antarabangsa.

Jadi apakah keperluan dan dokumen yang perlu untuk mengisi borang TM30? Teruskan membaca.

Dokumen Yang Diperlukan

Beberapa dokumen yang diperlukan untuk mengisi TM30. Antaranya ialah salinan tiket berlepas, salinan muka surat bergambar passport dan salinan muka surat terkini passport/visa.

Pelancong Ke Thailand Bakal Dipantau TM30 2
Pelancong Ke Thailand Bakal Dipantau TM30 3

Isi Borang TM30 Secara Online

Anda juga boleh mengisi borang TM30 ini secara online di pautan ini. Perlu Log In dan daftar sahaja. Anda berkemungkinan dedenda sebanyak 1,600 Baht (Rm213 +/-) jika tidak mendaftar TM30.

Macam ini borang nya :

Pelancong Ke Thailand Bakal Dipantau TM30 4

Jadi untuk anda yang ingin ke Thailand jangan lupa untuk mengisi TM30 untuk mengelakkan anda di denda. Ada baiknya juga TM30 ini untuk memudahkan pihak berwajib mengetahui keberadaan anda ketika di Thailand. Jadi lebih mudah untuk pihak berwajib menjejaki anda jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

Sumber: The Thaiger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *