Pulau Komodo yang popular dengan kewujudan haiwan komodo bakal ditutup untuk para pelancong menjelang 2020 menurut Agensi Anadolu. Perkara ini disahkan selepas Presiden Joko Widodo melawat kawasan pulau terbabit.
Tujuan penutupan adalah untuk mengembalikan dan memulihkan ekologi habitat haiwan dan persekitaran di kawasan terbabit. Kos yang dianggarkan untuk proses pemulihan ini sebanyak 100 billion rupiahs (7 million USD).
Walaubagaimanapun, cadangan penutupan ini dibantah oleh penduduk di sana kerana terpaksa keluar dari kawasan terbabit.
Sumber: New Straits TImes