Tanggungjawab, Adab & Etika Ketika Travel Dalam Islam 1

Tanggungjawab, Adab & Etika Ketika Travel Dalam Islam

Tak kira apa pun kepercayaan anda, pasti adab dan etika adalah perkara yang sangat penting untuk diutamakan. Ini kerana ianya melambangkan budi bahasa dan budaya seseorang itu. Setuju?

Sebagai pengembara tidak terlepas untuk menjaga adab dan etika ketika di tempat orang. Kali ini kami nak kongsikan apa yang patut dan tidak patut dilakukan oleh seorang penggembara.

1 – Selesaikan Tanggungjawab Sebelum Travel

Ini paling penting. Tanggungjawab di sini antaranya ialah hutang. Hutang merupakan tanggungjawab yang perlu diselesaikan dahulu sebelum antara travel. Bayangkan ada orang berhutang dengan anda, tapi orang itu belum selesaikannya malah pergi bercuti. Apa perasaan anda? begitulah perasaan mereka yang anda berhutang.

Selain hutang, tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan ialah kerja. Pastikan kerja ditempat anda telah diselesaikan dahulu sebelum anda bercuti. Ataupun pastikan tugasan anda diserahkan kepada orang lain supaya tugasan terbabit tidak tertangguh semasa ketiadaan anda.

Ibu bapa jangan dilupakan ye. Apabila anda mengembara pastikan makan dan minum ibu bapa anda cukup. Pastikan tidak diabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa semasa ketiadaan anda. Jika mereka tidak sihat, pastikan adik beradik anda ada untuk membawa mereka ke hospital jika perlu.

Tanggungjawab, Adab & Etika Ketika Travel Dalam Islam 2
Gambar sekadar hiasa. Kredit Foto: Bebas Hutang

2 – Niat Dan Tujuan Yang Betul

Niat dan tujuan anda perlu betul. Dalam Islam, adalah berdosa jika anda ingin bercuti ke luar negara adalah bertujuan untuk berfoya-foya, mabuk, melakukan seks haram dan sebagainya.

Seharusnya sebagai pengembara tujuan ke tempat asing adalah untuk melihat dunia luar, keindahan ciptaan Allah, belajar kepelbagaian dan keunikan budaya orang lain dan menghormati kelainan tersebut.

3 – Tidak Berlebihan Dalam Persediaan Dan Perbelanjaan

Dalam apa jua perkara, bersederhana adalah yang paling baik. Sama juga apabila travel, adalah baik jika travel secara bersederhana dan tidak berlebih lebihan. Tabiat berlebih lebihan juga tidak terhad kepada kualiti tetapi juga kuantiti. Contohnya, dengan membawa beg pakaian bersaiz besar apabila saiz sederhana mencukupi. Ini juga akan membantu anda membendung perbelanjaan membeli-belah yang tidak perlu.

Tanggungjawab, Adab & Etika Ketika Travel Dalam Islam 3
Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: Metador Network

4 – Minta Izin, Dapatkan Restu Dan Mohon Maaf Pada Kenalan

Ia mungkin kelihatan perkara kecil tetapi sebenarnya impaknya besar. Penting untuk anda sebelum anda bertolak memulakan perjalanan untuk meminta restu dan pengampunan dari ibu bapa, pasangan anda, anak-anak anda atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab untuk anda.

Ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapatkan keberkatan daripada ibu bapa dan Allah S.W.T. Selain itu, jangan lupa untuk memohon maaf. Jadi jika berlaku apa-apa perkara yang mungkin membuatkan keluarga atau kenalan anda tidak dapat berjumpa anda lagi tidaklah anda berhutang kesalahan dengan mereka.

5 – Amalkan Doa Keselamatan Perjalanan & Apabila Tiba Di Tempat Baru

Amalkan doa-doa yang diajarkan di dalam Islam antaranya seperti di bawah ini:

Tanggungjawab, Adab & Etika Ketika Travel Dalam Islam 4

6 – Lantik Ketua Kumpulan

Seelokknya bergerak secara kumpulan minimum 3 orang. Dan lantiklah seorang yang lebih pengalaman dan berilmu sebagai ketua. Fungsi ketua adalah untuk menjadi rujukan, memimpin apabila waktu sukar, membuat keputusan terbaik untuk kumpulan. Bergerak secara berkumpulan lebih selamat.

7 – Lakukan Kaji Selidik Tentang Tempat Dan Destinasi

Selain melakukan kajian tentang tempat menarik, kemudahan pengangkutan dan penginapan. Sebagai seorang muslim, anda jangan lupa untuk mengkaji tentang kemudahan untuk beribadat. Sebagai contoh, cari tempat tinggal yang dekat dengan masjid. Jika sukar pastikan anda tersedia dengan alat penunjuk kiblat. Selain itu, rekodkan waktu solat di tempat destinasi anda, jadi mudah untuk rujukan dikemudian hari.

Tanggungjawab, Adab & Etika Ketika Travel Dalam Islam 5
Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: Bisnisukm

8 – Solat Sunat 2 Rakaat

Beza antara muslim dan bukan muslim kita diajar untuk perbanyakkan solat sunat dan doa. Jadi dalam Islam, digalakkan untuk melakukan solat sunat musafir 2 rakaaat sebelum memulakan perjalanan. Selain itu, setelah tiba di destinasi, lakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran anda kepada Allah S.W.T.

Tanggungjawab, Adab & Etika Ketika Travel Dalam Islam 6
Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: Malaya Journal

9 – Perbanyakkan Zikir Ketika Perjalanan

Digalakkan kepada orang muslim untuk memperbanyakkan zikir ketika dalam perjalanan. Selain itu, selawat, berzanji, mengaji pun boleh dilakukan. Selain merupakan amalan yang baik, ianya dapat menjadi penghibur hati dan menenangkan jiwa ketika perjalanan.

10 – Berpakaian Sopan

Sebagai muslim, tanggungjawab untuk menurut aurat adalah di mana-mana. Walaupun anda di negara bukan Islam, menurut aurat tetap dituntut. Selain itu, bagi perempuan adalah lebih mudah jika anda berpakaian yang mudah untuk solat terutamanya apabila ditempat yang tidak ada surau atau masjid.

Tanggungjawab, Adab & Etika Ketika Travel Dalam Islam 7
Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: Deenamik

11 – Menghormati Adat, Budaya & Kelainan Orang Lain

Apabila anda di tempat asing pastinya adat dan budaya orang di situ lain daripada budaya anda. Jadi jika ada sesuatu budaya yang mungkin jelik pada anda, biarkan sahaja. Ia merupakan perkara yang normal pada mereka. Malah jika budaya mereka sangat meraikan tetamu, apa salahnya jika anda raikan juga mereka dengan sertai aktiviti yang mereka sediakan untuk anda. Tetapi sebagai muslim, jika aktiviti tersebut lebih ke arah keagamaan selain daripada Islam, tolaklah pelawaan mereka dengan cara yang baik.

12 – Belikan Buah Tangan Kepada Kenalan

Sebagai tanda terima kasih, belikanlah buah tangan kepada keluarga, kenalan anda yang telah menolong anda sepanjang perjalanan anda. Tak perlu hadiahkan barang yang mahal, tapi sekadar ada sebagai penghargaan kepada mereka.

Tanggungjawab, Adab & Etika Ketika Travel Dalam Islam 8
Gambar sekadar hiasa. Kredit Foto: Salambaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *