Mulai Oktober AirAsia Bakal Hapuskan Bayaran Pemprosesan

Mulai Oktober AirAsia Bakal Hapuskan Bayaran Pemprosesan 1

Baru-baru ini berita tentang perlaksanaan caj Levi sangat hangat diperkatakan dikalangan traveller. Caj levi yang bakal dikenakan September nanti mungkin membebankan untuk sesetengah traveller. Namun di sini ada berita baik untuk anda sebagai pengubat kepada berita caj levi.

Mulai Oktober akan datang, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian dan kad kredit mulai Oktober depan.

Perkara ini disahkan ketika oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes sendiri melalui catatan di laman Twitter beliau menerusi hashtag #technologyrules dan #makingairfareaffordable.

Jika sebelum ini caj minimum RM4 dikenakan jika anda membayar menggunakan debut terus dan akan meningkat bergantung kepada cara pembayaran anda.

Bagaimanapun, jika anda menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay untuk pembayaran tiket kapal terbang, tiada bayaran pemprosesan akan terlibat.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *