Senarai Pusat Beli Belah Yang Pasti Berbaloi Di Melbourne Berbanding Eropah

Senarai Pusat Beli Belah Yang Pasti Berbaloi  Di Melbourne Berbanding Eropah 1

Siapa yang tak tahu Australia sememangnya terkenal dengan kecantikan dan keindahan semula jadi yang semestinya menjadi salah satu destinasi pilihan para pengembara. Walaupun sejak kebelakangan ini banyak kes yang berlaku ke atas rakyat Malasia di mana sesetengah daripada mereka tidak dibenarkan untuk ke Australia atas sebab tidak cukup syarat sebagai pelancong. Ini tidak menjadi sebab untuk rakyat Malaysia memboikot Australia.

Ramai yang tidak tahu Australia khususnya di Melbourne sebenarnya merupakan ‘port’ untuk anda yang suka membeli belah ketika travel. Walaupun rata-rata orang lebih suka Eropah; mungkin disebabkan status ‘Eropah’ lebih nampak mewah, sebenarnya di Melbourne anda boleh dapatkan sesuatu barang lebih murah jika dibandingkan dengan Eropah, Singapura dan Thailand.

Menerusi Facebook, gadis mernama Azlin Farida ini berkongsi tempat-tempat yang wajib anda singgah untuk membeli belah jika anda melancong ke Australia.

1 – Chemist Warehouse

Senarai Pusat Beli Belah Yang Pasti Berbaloi  Di Melbourne Berbanding Eropah 2
Kredit Foto: Herald Sun

Bagi peminat minyak wangi di sini anda boleh dapatkannya dengan harga murah. Makanan supplement seperti berocca, blackmores, vicks hacks, fish oil juga di jual di sini. Bagi wanita boleh dapatkan set makeup, skincare, syampu, baby essentials, cetaphil. Sangat sesuai dibeli untuk dijadikan hantaran kahwin. Kebanyakan rakyat China membeli supplement secara pukal memandangkan harganya yang murah.

2 – Target

Senarai Pusat Beli Belah Yang Pasti Berbaloi  Di Melbourne Berbanding Eropah 3
Kredit Foto: Regency Center

Jika anda lebih suka membeli pakaian sebagai cenderahati untuk di bawa pulang, datanglah ke Target. Di sini banyak menjual pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak. Selain itu permainan patung, barang rumah dan alat tulis juga di jual di sini.

3 – Big W

Senarai Pusat Beli Belah Yang Pasti Berbaloi  Di Melbourne Berbanding Eropah 4
Kredit Foto: Lakeside Joondalup

Di sini anda boleh dapatkan cenderahati seperti coklat, permainan patung kanak kanak. Jika anda suka memasak di sini anda boleh dapat jenama set Corelle dengan harga yang murah. ada yang tidak lebih dari RM180. Selain itu jika anda seorang yang memasak, boleh lah membeli kuali ‘non stick’ di sini.

4 – K Mart

Senarai Pusat Beli Belah Yang Pasti Berbaloi  Di Melbourne Berbanding Eropah 5
Kredit Foto: Global Payroll Association

Selain menjual pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak dan juga bayi, di sini juga terdapat barangan eletrcik, hiasan rumah, dan kelengkapan bayi. Permainan kanak-kanak berbentuk pembelajaran juga dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Hanya beberapa K Mart sahaja yang dibuka 24jam tetapi terletak di luar kawasan Melbourne.

5 – Victoria Market

Senarai Pusat Beli Belah Yang Pasti Berbaloi  Di Melbourne Berbanding Eropah 6
Kredit Foto: The Urban Developer

Bercuti dan suka cari makanan tempatan? ini lah tempatnya. Di Victoria Market banyak menjual makanan tempatan. Tapi pastikan makanan yang dibeli halal ya! Selain itu sourvenir Aussie juga dijual di sini untuk dijadikan kenangan dan cenderahati pada kenalan anda.

6 – Coles

Senarai Pusat Beli Belah Yang Pasti Berbaloi  Di Melbourne Berbanding Eropah 7
Kredit Foto: News Corp Australia

Selain Victoria Market, anda juga boleh singgah di Coles untuk mencuba makanan tempatan di sini. Coklat, buah-buahan, pelbagai jenis lempeng, air kopi Dare, air coklat Barista dan bermacam lagi jenis makanan dan minuman dijual di sini. Milo Australia pun ada di sini dan rasanya lagi sedap dari Malaysia! Jangan lupa juga borong cenderahati untuk dihadiahkan kepada kenalan.

7 – Woolworths

Senarai Pusat Beli Belah Yang Pasti Berbaloi  Di Melbourne Berbanding Eropah 8
Kredit Foto: Random Down Under

Lebih kurang seperti Coles juga. Malah terdapat beberapa barangan di sini lebih murah berbanding di Coles. Tetapi ada juga sebaliknya. Pastikan anda membuat pembandingan harga untuk lebih jimat.

8 – DFO Outlet

Senarai Pusat Beli Belah Yang Pasti Berbaloi  Di Melbourne Berbanding Eropah 9
Kredit Foto; Crowne Plaza

DFO Outlet boleh disamakan dengan pusat beli belah di Malaysia. Pelbagai jenama besar ada di sini seperti Bonds, Cotton On, Typo, Fila, Nike, Vans, Adidas, Puma dan banyak lagi. Dikatakan harga di sini lebih murah jika nak dibandingkan dengan Johor Premium Outlet ataupun Mitsui di Malaysia. DFO Outlet ada beberapa cawangan di Melbourne dan yang paling dekat terletak di Wharf.

9 – Chardstone Shopping Mall

Senarai Pusat Beli Belah Yang Pasti Berbaloi  Di Melbourne Berbanding Eropah 10
Kredit Foto: Like A Local Guide

Pusat beli belah yang merangkumi semua. Ada Target, K Mart, Coles, Woolworths dan Chemist Warehouse dalam satu pusat beli belah. Jika anda menyewa kereta pastikan ke sini kerana lebih mudah semuanya di sini dan yang paling penting parkir percuma. Elakkan parkir diruang 60 minit kerana 60 minit tidak cukup untuk anda pusing keseluruhan pusat beli belah ini. Jadi sila parkir ditingkat atas.

TIPS MEMBELI BELAH DI AUSSIE

  1. Belanja sebanyak 300 AUD dalam satu-satu kedai layak untuk tuntut cukai VAT. Boleh gabungkan resit selagi nombor ABN sama untuk setiap resit.
  2. Tuntut Cukai boleh dibuat di Avalon Airport (Kalau naik Air Asia) di luar bangunan sebelum melalui Imigresen. Dapatkan cop dari pegawai yang bertugas. Selepas masuk dan melepasi imigresen, hantar resit yang dicop tadi untuk process tuntut cukai. Mereka akan minta kad kredit anda untuk rekod dan duit tuntut cukai tadi akan masuk selepas seminggu.

Sumber: Facebook Azlin Farida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *