AirAsia X Lancar Laluan Ke Eropah Melalui Thailand

AirAsia X Lancar Laluan Ke Eropah Melalui Thailand 1

Jika sebelum ini laluan ke Eropah dari Kuala Lumpur telah pun dibatalkan akibat kenaikan cukai dan kenaikan bahan api. Kini Air Asia X bakal melancarkan laluan ke Eropah melalui Thailand. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, laluan tersebut akan bermula sama ada pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Tambah beliau lagi, AirAsia masih lagi dalam proses permohonan kelulusan daripada pihak yang berkaitan. Sementara itu, dilaporkan laluan tersebut akan menggunakan pesawat Airbus A330-900neo, bermula dengan laluan Kuala Lumpur-London.

AirAsia X Lancar Laluan Ke Eropah Melalui Thailand 2
Kredit Foto: Rojak Daily

Tan Sri Tony Fernandes berkata Dasar Langit Terbuka ASEAN telah meningkatkan kesalinghubungan serantau dan domestik, dan meningkatkan peluang perdagangan menerusi liberalisasi perjalanan udara di bawah pasaran pengangkutan udara tunggal dan diseragamkan.

AirAsia X Lancar Laluan Ke Eropah Melalui Thailand 3
Kredit Foto: Telegraph

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *