Langkawi Premium Outlet Tarikan Terbaru Di Langkawi

Langkawi Premium Outlet Tarikan Terbaru Di Langkawi 1

Projek Langkawi Premium Outlet sah akan dilaksanakan selepas termeterainya perjanjian antara syarikat hartanah, Mega Excellent Properties Sdn Bhd (Mega Excellent) dengan kerjasama sebuah syarikat Korea, Raum Architects & Engineers Co. Ltd, (Raum).

Projek Langkawi Premium Outlet ini akan dibangunkan di tapak berkeluasan 145,000 kaki persegi di padang Matsirat dengan kos sebanyak RM613.7 juta.

Dikatakan pembinaan akan bermula pada tahun 2020 di mana ianya melibatkan tiga (3) fasa dan djiangka siap pada tahun 2026. Sebaik siapnya projek ini, ianya dijangka akan menjadi daya tarikan terbaru di Langkawi seterusnya menjadi antara mercu tanda ikonik di sana.

Langkawi Premium Outlet Tarikan Terbaru Di Langkawi 2
Kredit Foto: Agoda
Langkawi Premium Outlet Tarikan Terbaru Di Langkawi 3
Kredit Foto: Road Affair

Langkawi Premium Outlet akan mempunyai pusat beli-belah, hotel serta kediaman dan juga taman tema air yang dijangka memberi kelainan kepada pulau ini. Projek ini bakal menjadi tarikan terbaru kepada pelancong luar dan dalam negara untuk melancong ke pulau itu.

Selain dari menjana ekonomi industri pelancongan Langkawi, projek ini bakal menghasilkan peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk tempatan apabila ianya siap nanti.

Langkawi Premium Outlet Tarikan Terbaru Di Langkawi 4
Kredit Foto: The Crazy Tourist

Sumber: Bisnes Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *