Pulau Boracay Tutup Angkara Pelancong China Tanam Lampin Di Pantai

Pulau Boracay Tutup Angkara Pelancong China Tanam Lampin Di Pantai 1

Pulau Boracay yang cantik pastinya tidak lekang dengan kehadiran pelancong dari dalam dan juga luar negara. Walaupun begitu tidak semua pelancong yang hadir reti menjaga adab dan tanggungjawab ketika di tempat orang.

Terbaru, Pulau Boracay terpaksa ditutup sementara di sebahagian pulau tersebut akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pelancong yang datang ke pulau terbabit. Seorang pelancong tertangkap di dalam rakaman video ketika sedang menanam lampin bayi yang berisi najis di pantai pulau itu.

Bukan setakat itu sahaja, pelancong terbabit juga mencuci najis bayi menggunakan air pantai di mana orang ramai sedang bermandi manda. Perkara ini mengundang marah kepada netizen yang menonton video tersebut di Twitter.

Akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab pelancong itu, pihak pengurusan Pulau Boracay terpaksa menutup pulau terbabit untuk sementara waktu bagi membersihkan semula kawasan sekitar. Pelancong yang hadir tidak dibenarkan mandi manda di kawasan yang ditutup sehingga diberitahu semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *