Sambutan Festival Baling Batu Di India Undang Padah

Sambutan Festival Baling Batu Di India Undang Padah 1

Festival baling batu? pelik tapi itulah festival yang disambut di India baru baru ini. Dikatakan festival ini dikenali sebagai ‘Bagwal’ festival yang merupakan sebahagian ritual purba sebagai menghormati dewa Hindu, Barahi Dewi.

Selalunya apabila menyambut festival mesti meriah dan setelah selesai pastinya dapat pulang dengan gembira. Tetapi tidak di festival ini, nama pun festival baling batu. Ramai yang cedera dalam festival ini yang diadakan di negeri Uttarakhand, daerah Champawat di India pada Khamis lalu.

Sambutan Festival Baling Batu Di India Undang Padah 2
Kredit Foto: euttarakhand

Festival ini sudah tentu berisiko boleh mendatangkan kecederaan parah, namun masih lagi ada pengunjung yang datang untuk menyertai festival tersebut walaupun telah diberi amaran.

Orang ramai yang menyertai festival itu dibahagikan kepada dua kumpulan dan perlu membaling batu antara dua kumpulan terbabit. Walaupun sesetengah daripada mereka sudah bersedia dengan perisai bambu, sekurang-kurangnya 120 orang cedera akibat daripada terkena batu.

Ritual itu berakhir sebaik sahaja ketua sami melambaikan tangannya ke udara. Peserta yang cedera dirawat di bahagian luar dari tapak festival. Dikatakan pihak berkuasa pernah mencadangkan batu digantikan dengan buah-buahan tetapi tidak diendahkan.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *